Keluhan demi keluhan disuarakan oleh anak seni yang tersekat untuk menjalani penggambaran drama dan filem. Namun, suara mereka hanya berlegar-legar di media sosial dan cetak sahaja. Tiada tindakan susulan daripada pihak berkenaan.
Agak malang apabila Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri tidak menyebelahi mereka.
Lebih dasyat apabila dia mengemaskini IG stories dengan menggunakan bahasa yang tidak sepatutnya. Siapa anjing tu?
Foto :Twitter
Sebagai tampuk kepada industri seni, Idham dilihat tidak memainkan peranan membantu mereka yang tersepit ini, sedangkan antara tugasnya adalah membantu mereka. Sebaliknya, dia sedang menulis skrip di tengah-tengah pandemik ini?
Foto : Twitter
Kredibiliti Idham makin tercemar di mata pengkarya industri lakonan sehingga ada yang membuat poster bantahan.
Foto : Ig
Selain itu, netizen turut berseloka mengenai idea skrip tersebut dengan mengungkit hasil kerjanya yang entah apa-apa.
Foto : Twitter
"Write script, submit to FINAS, get approval for funding, done for the year."
Foto : ig
Memandangkan ramai mengeluh mengenai kekangan PKP ini, mungkin sepatutnya CEO Finas perlu lebih proaktif dalam mengusulkan cadangan atau meredakan kegusaran mereka. Jika tiada jalan lain sekali pun, perlu kah membahasakan rakan sendiri sebagai anjing?- CARI
|