Wanita ditahan selepas membakar suaminya sendiri di rumah mereka di Tangerang Selatan.
Menurut jurucakap polis, Iman Imanuddin berkata, pihaknya menahan suspek berusia 54 tahun yang melarikan diri ke rumah ibu bapanya di Semarang, Jawa Tengah pada Khamis lalu.
Mangsa ditemui jirannya, Aslimun selepas terdengar jeritan meminta tolong sekitar jam 2.15 pagi dan melihat api marak di tingkat dua rumah berkenaan.
Keadaan lokasi kejadian/TribunNews
Bimbang dengan keadaan individu meminta bantuan itu, Aslimun segera masuk dan terkejut mendapati tubuh seseorang sudah menghitam terbakar di tingkat bawah.
Katanya, dia mendengar suara mangsa yang merintih menyahut penggilannya.
"Saya Mun, yang kena bakar," rintih mangsa, Samsudin, 45, seperti diajuk Aslimun.
Tambahnya, isteri mangsa tidak kelihatan, sebaliknya dia hanya melihat anak pasangan itu sedang menangis kerana terkejut dengan kejadian serta anak saudara mereka yang tinggal bersama di rumah berkenaan yang terjaga dari tidur sebaik ketibaan Aslimun.
TribunNews melaporkan, mangsa kini kritikal di unit rawatan rapi (ICU) akibat tubuhnya terbakar 90 peratus.
Samsudin dikatakan sempat mengaku dia dibakar isterinya yang sudah lama menderita depresi. Katanya, malam sebelum kejadian dia melihat isterinya bersungut.
Hasil pemeriksaan di rumah mangsa, polis menemui botol dan plastik yang dipercayai menjadi bekas minyak tanah untuk digunakan membakar mangsa.
Polis kini masih menyiasat motif sebenar perbuatan suspek dan wanita itu yang didakwa melakukan keganasan rumah tangga, melakukan pembakaran dan penganiayaan berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun sekiranya didapati bersalah, lapor TribunNews. - CARI |