View: 4172|Reply: 3
|
Pengembaraan Laut Underwater World Langkawi
[Copy link]
|
|
Jika anda ke Langkawi, tidak sah rasanya jika anda tidak menjadikan destinasi ini sebagai salah satu tempat wajib untuk anda dan keluarga kunjungi.
Apatah lagi jika anda seorang pencinta laut. Anda pasti teruja melihat kepelbagaian spesies fauna hidupan laut yang dilindungi, dibiakkan dan dijaga dengan rapi di sini.
Manakan tidak, Underwater World Langkawi merupakan sebagai akuarium terbesar di Asia Tenggara sejak pembukaannya pada tahun 1996 dan telah menjadi tarikan utama buat pelancong dari dalam dan luar negara.
Pusat ini dibuka berlandaskan tiga misi utama iaitu “Knowledge, Education and Entertainment”. Bersesuaian dengan temanya, pusat ini bertujuan untuk memupuk kepentingan melindungi hidupan laut selain untuk memberi kesedaran tentang hubungan akrab yang sememangnya wujud antara manusia, alam dan hidupan sekeliling.
Menariknya, pusat ini merupakan habitat kepada 4000 koleksi hidupan laut yang pelbagai. Terdapat lebih daripada 500 spesies haiwan dan tumbuhan laut yang ditempatkan di 100 tangki air yang dibina khas untuk tujuan pameran kepada pengunjung.
Bukan sahaja hidupan laut seperti seashells yang didatangkan dari seluruh pelusuk dunia yang menjadi tumpuan utama, tetapi juga banyak jenis spesies haiwan darat dari jenis burung dan haiwan hutan laut turut dilindungi di sini.
Selain itu, di zon The Marine Life ialah sebuah tunnel yang panjangnya 15-meter menempatkan lebih 500 000-liter air laut yang menjadi habitat semulajadi kepada pelbagai jenis hidupan laut termasuklah penyu laut gergasi. Bolehlah anda merakam gambar sepuasnya sepanjang berada di tunnel ini. Tentu cantik!
Sebaik anda melangkah masuk selepas membeli tiket, foto anda bersama keluarga akan dirakamkan dan akan dipamerkan di ruang pameran gambar yang dihiasi dengan tema hidupan laut yang begitu menarik dan comel.
Anda boleh memilih untuk membeli foto tersebut kemudian setelah habis lawatan. Rugi kalau tidak beli! Boleh juga jadi kenang-kenangan nanti. Selepas itu, anda akan didedahkan kepada beberapa seksyen utama untuk dilawati. Antaranya ialah:
River Ecosystem
Bagi penggemar keunikan spesies reptilia, zon ini pastinya menjadi kegemaran anda. Bahagian ini terdiri daripada tiga tangki air penghubung dengan konsep aliran sungai yang memaparkan pelbagai spesies ikan air tawar yang datangnya dari Asia Tenggara, Amazon, Afrika, Amerika Utara dan Australia.
Contoh spesies ikan yang dipamerkan adalah Ikan Tropika, Albino Patin, Bala Shark dan Redfished Catfish selain menjadi habitat juga untuk spesies reptilia unik seperti Leopard Gecko, Chinese Water Dragon, Indonesian Blue Tongued Skink, African Fat Tailed Gecko dan pelbagai ular kecil.
Tropical Rainforest
Di bahagian ini, anda akan disajikan dengan pengalaman berada di hutan hujan tropika yang sememangnya nyaman dan mendamaikan. Anda akan disambut dengan telatah haiwan burung Flamingo yang cukup elegan, Ruddy Shelduck yang cukup lincah bermain juga burung Pheasant yang cantik pelbagai warna.
Jangan lepaskan peluang juga untuk meninjau kehadiran burung Cockatoo, Doves dan Macaws yang dibiarkan bebas berterbangan di ruang tertutup ini. Selain itu, hidupan lain seperti Knifefish, Giant Gouramy, Arowana, and Marmoset yang comel turut berada di sini.
Temperate Section
Merupakan antara zon kegemaran pengunjung, habitat kepada anjing laut yang dikenali sebagai Southern Fur Seals yang cukup lincah bermain pastinya membuatkan anda dan anak-anak tidak kering gusi, apatah lagi jika tibanya waktu memberi makan.
Spesies ini dapat menyelam pada tahap kedalaman hingga 170m selama 7 minit. Semasa berehat di permukaan, haiwan ini menghabiskan banyak masa membersihkan diri dan mungkin juga memberikan anda posing yang menarik, termasuk melambaikan kedua sirip belakang.
Sub-Antarctic Section
Ini satu lagi bahagian yang sentiasa “full house” oleh pengunjung yang begitu teruja untuk menyaksikan telatah comel si Penguin dari spesies Blackfooted (African) yang dikenali sebagai “Rockhoppers” kerana keupayaan mereka melompat dari satu batu ke permukaan batu yang lain.
20 ekor penguin ini didatangkan ke Malaysia pada tahun 2003 dari Johannesburg, South Africa.
Dapat juga anda belajar sedikit sebanyak tentang habitat, cara penjagaan serta ciri-ciri unik yang ada pada haiwan ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Venomous & Poisonous Section
Jangan terpedaya dengan kecantikan spesies pameran hidupan laut di bahagian ini. Ikan berbahaya daripada spesies yang dikenali sebagai Moray Eels dan Lionfish mempunyai senjata berbahaya yang terlindung di sebalik gigi yang tajam dan sirip yang dimiliki haiwan ini.
Earthquake & Typhoon Pavilion dan Lost World Tunnel
Salah satu tarikan utama buat pengunjung kesini yang lain daripada yang lain ialah di zon ini. Konsep gambar atau lukisan 3D pelbagai jenis haiwan liar dan hidupan flora tropikal tentunya memberi kelainan kepada kunjungan anda. Ambil gambar sepuasnya dan kongsi terus di laman sosial okay? Tentu rakan-rakan anda teruja melihat keunikan foto rakaman anda.
Jangan bimbang, selain daripada seksyen yang disenaraikan di atas terdapat banyak lagi zon yang dipamerkan seperti the Koi Pond, the Reptilium Section, Invertebrate Section dan the Coral Reef Section.
Di setiap bahagian juga, ada disertakan segala maklumat dan info secara terperinci tentang setiap haiwan yang dipamerkan, selain daripada permainan, pertunjukan dan aktiviti memberi makan kepada haiwan yang tentunya mengujakan terutama buat kanak-kanak.
Jadi anda boleh bergembira bersama keluarga sambil merasai pengalaman dan ilmu baharu di dalam suasana yang interaktif dan selesa. Di bawah ini disediakan jadual aktiviti yang sering diadakan:
African Penguins – 11.00 am dan 2.45 pm.
Rockhopper penguins – 11.15 am dan 3.00 pm.
Tunnel Tank – 3.30 pm.
Terdapat juga kemudahan kedai cenderahati yang menjual pelbagai jenis perhiasan dan goodies bertemakan hidupan laut yang boleh dibeli untuk dibawa pulang. Kalau anda terasa lapar setelah penat berjalan, restoran juga turut disediakan pada harga yang berpatutan. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan tak cukup makan pulak.
|
|
|
|
|
|
|
|
x ckup makan campak je staff dlm tu buat lauk
|
|
|
|
|
|
|
| |
|