View: 1176|Reply: 2
|
Pusat Urut Diserbu, Potong 'Stim' Pelanggan Tengah Syok Berurut
[Copy link]
|
|
Kota Kinabalu: Tindakan pantas polis menjalankan siasatan dalam tempoh 30 minit selepas menerima laporan berjaya membongkar operasi secara sembunyi sebuah pusat refleksologi di Inanam Capital di sini, semalam.
Dalam operasi pada 5.30 petang itu, lapan individu dikenakan kompaun membabitkan tiga pelanggan lelaki, empat tukang urut wanita dan seorang lelaki dipercayai penjaga premis berusia lingkungan 20 hingga 40-an.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, operasi dijalankan selepas pihaknya menerima aduan orang awam kira-kira 30 minit sebelum serbuan dijalankan.
Foto: Harian Metro
Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota dikerah ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan.
"Sebaik tiba di lokasi, pusat refleksologi yang berada di tingkat satu bangunan berkenaan didapati beroperasi tanpa kebenaran.
"Serbuan terus dilakukan dan mendapati terdapat seramai lapan individu di dalam premis berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Habibi berkata, kesemua individu terbabit disoal siasat untuk membantu siasatan lanjut sebelum dikenakan kompaun.
Katanya, mereka didapati berada di dalam premis yang tidak dibenarkan beroperasi dan melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tanpa alasan munasabah.
"Mereka dikenakan kompaun atas kesalahan melanggar Akta 342 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LLDKJ) (No.8) 2020," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alaaaaa...igtkn sogaybewak td kna serbu..kt kk rupenye..chessssssss~ |
|
|
|
|
|
|
|
salmon-suki: Alaaaaa...igtkn sogaybewak td kna serbu..kt kk rupenye..chessssssss~
Kahkah. Kalau dia kena ramai la bersorak
|
|
|
|
|
|
|
| |
|