View: 1911|Reply: 10
|
Selain kentut, Covid-19 boleh tersebar melalui asap vape. Itu saintis mana mau t
[Copy link]
|
|
Covid-19 boleh tersebar melalui asap vape
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | | 09 Februari 2021
MEXICO CITY - Satu kajian terbaharu mendapati pengguna vape yang dijangkiti Covid-19 lebih cenderung menyebarkan virus itu kepada orang sekeliling dengan cara hembusan.
Menerusi portal Daily Mail, hasil kajian oleh pakar dari Mexico, Italy dan New Zealand itu melaporkan, sebanyak 17 peratus kemungkinan boleh tersebar wabak tersebut menerusi hembusan asap vape kepada persekitaran individu tersebut.
Kajian mendapati, ia boleh menyebarkan virus Covid-19 sehingga dua meter jarak melepasi peraturan penjarakan sosial fizikal United Kingdom (UK) iaitu satu meter.
Pakar memberitahu, pengguna vape tidak boleh menghisap vape semasa beratur, di perhentian bas atau kawasan awam yang ramai orang ramai berisiko untuk dijangkiti kerana mampu terkena kepulan asapnya.
“Mereka berkata walaupun sukar menghentikan aktiviti itu di rumah tetapi ia sesuatu yang masuk akal untuk melarang penggunaan alat berkenaan di tempat-tempat awam seperti restoran dan stesen kereta api,” menurut portal tersebut.
Bagaimanapun, risiko penyebaran itu dikatakan rendah berbanding risiko bercakap atau batuk ketika menghampiri seseorang.
Sekumpulan saintis turut membuat model bagaimana virus itu boleh tersebar dalam kepulan asap nipis vape, meresap dalam paru-paru, seterusnya ke mulut dan dihembuskan semula.
Mereka turut membuat model yang sama menggunakan kepulan asap tebal vape yang meningkatkan risiko sekitar lima hingga 17 peratus.
Dr Roberto Sussman dari Universidad Nacional Autonoma de Mexicor dalam artikel yang sama berkata, bahan kimia dalam asap vape tidak mampu membunuh virus berkenaan.
Kajian tersebut telah dimuat naik di portal kesihatan MedRxiv tetapi masih belum dikaji semula dan disahkan oleh saintis lain.
Covid-19 diketahui menyebar melalui udara ketika orang bernafas, bercakap, batuk atau bersin dan semakin banyak udara yang dikeluarkan, semakin tinggi risikonya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
saintis?
kang masuk lak forumer yg suka nganjing pasal graviti tu kang
bila da nganjing
yang sekor lg tu meroyan koyak hentak2 kaki
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
COVID-19 boleh tersebar melalui asap vape - Kajian
SATU kajian terbaharu mendapati pengguna vape yang dijangkiti COVID-19 lebih mudah menyebarkan virus itu kepada orang sekeliling dengan cara hembusan.
Portal Daily Mail UK yang memetik kajian oleh pakar dari Mexico, Itali dan New Zealand dipetik sebagai berkata hembusan asap vape boleh menyebarkan ribuan partikel virus ke arah individu berhampiran.
Ia juga mampu menyebarkan virus COVID-19 sehingga 2 meter jaraknya, melepasi peraturan penjarakan fizikal United Kingdom (UK) iaitu 1 meter.
“Pakar tersebut menggesa pengguna vape agar tidak melakukan aktiviti berkenaan ketika beratur, di perhentian bas, atau mana-mana kawasan awam yang orang ramai mempunyai risiko berada dalam kepulan asap alat berkenaan.
“Mereka berkata walaupun sukar menghentikan aktiviti itu di rumah, tetapi ia sesuatu yang masuk akal untuk melarang penggunaan alat berkenaan di tempat-tempat awam,” menurut portal itu lagi.
Kajian tersebut telah dimuat naik di portal kesihatan MedRxiv, tetapi masih belum dikaji semula dan disahkan oleh saintis lain.
Bagaimanapun kajian Kesihatan Awam Ontario mendapati individu yang menggunakan vape mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap COVID-19.
Menurut kajian mereka, bukti sebelum ini telah menunjukkan kesan negatif vaping ke atas paru-paru, sekali gus meningkatkan risiko pengguna.
Selain itu, kajian tersebut turut menyebut aerosol yang terhasil oleh produk vape boleh menyebabkan penyebaran virus apabila individu itu berada dalam jarak dekat dengan pesakit COVID-19.
“Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah pun mengenal pasti tindakan dari tangan ke mulut melalui penggunaan vape boleh meningkatkan risiko jangkitan.
"usat Kawalan Penyakit Berjangkit British Columbia juga menyarankan agar pengguna vape menjarakkan diri sejauh 2 meter daripada orang lain, selain tidak menggunakan vape di kawasan awam,” menurut laporan itu lagi.
Sementara itu, portal itu turut melaporkan sekumpulan saintis yang memghasilkan model bagaimana virus itu boleh tersebar dalam kepulan asap nipis vape, bagaimana ia masuk ke dalam paru-paru, seterusnya ke mulut, dan dihembuskan semula.
Mereka turut membuat model yang sama menggunakan kepulan asap tebal vape yang meningkatkan risiko sekitar 5 hingga 17 peratus.
Dr Roberto Sussman dari Universidad Nacional Autonoma de Mexicor dalam artikel yang sama berkata bahan kimia dalam asap vape didapati tidak mampu membunuh virus berkenaan.
Sumber : Astro Awani |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wa min sharrin naffasatifil uqod |
|
|
|
|
|
|
|
Wa min sharrin naffasatifil uqod |
|
|
|
|
|
|
|
okla tu
penghisap vape akan kene 2 saman
RM1,000 = xpakai mask
RM1,000 = hisap vape
|
|
|
|
|
|
|
|
Percaya tak covid merebak melalui luka & lopak.? |
|
|
|
|
|
|
|
Perokok dan pengevape memang pembunuh. Dah la haram. Apesal netizen xbully mereka mcm netizen bully saper xtutup ghambot? |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba jikalau lobai tak vaping dan tak merokok 100% mereka aka desak Kerajaan haramkam Duabenda tu!
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap Mursyidul Hampas boleh benarkan merokok dengan mencari dalil yang sesuai...Dan mencari dalil yang lain utk haramkan vape. |
|
|
|
|
|
|
| |
|