CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1426|Reply: 6

JDT Tak Sekuat Dahulu

[Copy link]
Post time 13-2-2021 10:04 AM | Show all posts |Read mode

Serbegeth anggap skuad JDT 2021 tak sebaik pasukan sebelum ini.


Berita Harian

Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Hanya pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) yang boleh menewaskan Harimau Selatan!

Itu pandangan pengkritik bola sepak, Serbegeth Singh selepas dia sekali lagi menjangkakan skuad Harimau Selatan itu akan terus mendominasi saingan Liga Super sekali gus merangkul kejuaraan buat kali kelapan berturut-turut.

Sekalipun dia merasakan skuad bagi musim 2021 tidak sebaik seperti yang pernah ditonjolkan oleh skuad beberapa tahun sebelum ini, namun bekas penasihat global Blackburn Rovers itu tetap percaya skuad bimbingan Benjamin Mora itu sukar untuk 'dijinakkan'.

"Mungkin pemain bagi skuad musim 2021 tidak sebaik skuad terdahulu kerana mereka sebelum ini ada pemain lebih baik sebagai contoh Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz. Tetapi dengan kekuatan yang ada, saya jangkakan mereka akan tetap menjadi pilihan.

"Konsistensi mereka pada setiap perlawanan menjadi faktor terbesar yang membantu mereka sehingga menjulang tujuh kejuaraan berturut-turut sebelum ini selain kecemerlangan pemain seperti Gonzalo Cabrera dan Safawi Rasid yang sentiasa mampu berbuat sesuatu ketika diperlukan.

"Jadi, sekarang ini hanya pemain JDT sahaja yang boleh menyebabkan JDT tewas contohnya masalah prestasi atau permainan yang tidak menjadi. Bagaimanapun, kejuaraan kelapan tetap akan menjadi milik mereka pada musim ini.

"Tetapi pasukan lain pun perlu juga bekerja keras. Jangan sekadar harap JDT untuk keciciran mata, sebaliknya mereka juga perlu sentiasa meraih keputusan yang konsisten untuk mencabar JDT," katanya.

Dalam masa sama, Serbegeth yang mesra disapa Shebby itu menganggap kepulangan bekas kapten, JDT, Safiq Rahim yang kembali menyertai pasukan itu bagi musim ini sebagai satu langkah yang dinantikan.

"Kita dapat lihat selepas pemergian Safiq yang meninggalkan JDT sebelum ini, JDT seakan kurang pemimpin di atas padang. Tetapi dengan adanya pemain tengah itu bersama pasukan, ruang kosong itu kembali dapat diisi," katanya.

Terdahulu, 'Maharaja Liga Super' itu mengumumkan senarai penuh pemain yang bakal menggalas cabaran JDT untuk mengharungi musim 2021.

Tidak banyak perubahan dapat disaksikan dengan hanya empat pemain baharu disenaraikan bagi skuad 2021 iaitu Jonathan Herrera, Daniel Amier Norhisham, Mohamadou Sumareh dan juga Safiq.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2021 10:42 AM | Show all posts
ko da kata tak kuat skjp nnti jdt beli awang hitam

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
stinger.baik replied at 13-2-2021 10:42 AM
ko da kata tak kuat skjp nnti jdt beli awang hitam

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Kan dorg dpt sumareh....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 10:51 AM | Show all posts

sumareh tu terer sngt ke

biasa je

umo pun dapat ic dah lebih 21

bukannya young star

lamin conteh lg power

aku pun tak fhm soul apahal tongong2 fam ni nak sngt naturalize negro tu

setakat bola ko ye ye la nk bg ic kat negro

tongong betul

yg hadap nak ic negara ni pun negro je la

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
stinger.baik replied at 13-2-2021 10:51 AM
sumareh tu terer sngt ke

biasa je

Pokok x tau sgt psl bola...cme yg tau dirg ckp si sumareh kuat..hehehe...org belah2 sinun kan rangko beso2... apa nak heran...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 11:01 AM | Show all posts
namemysoul replied at 13-2-2021 10:59 AM
Pokok x tau sgt psl bola...cme yg tau dirg ckp si sumareh kuat..hehehe...org belah2 sinun kan rang ...

kalau budak tu bagus da lama real madrid atau mana2 kelab bpl kutip dia

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2021 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
stinger.baik replied at 13-2-2021 11:01 AM
kalau budak tu bagus da lama real madrid atau mana2 kelab bpl kutip dia

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ...

Mcm2 ler ko nih...hehehe...kuat atau bagus satu benda yang berbeza....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.072860 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list