CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3571|Reply: 1

Kucing Genetik Chimera Berwajah Dua Warna

[Copy link]
Post time 17-2-2021 08:34 PM | Show all posts |Read mode
Kucing Genetik Chimera Berwajah Dua Warna


Kucing dua muka! Inilah kucing viral, mukanya separuh kelabu dan separuh putih telah mencuri dan memenangi hati pencinta kucing dan pengguna instagram kerana mukanya yang sangat unik, wajahnya memiliki dua warna sangat mencolok mata dan gebu pula.


Sesetengah orang mengatakan bahawa kucing boleh bermuka dua, pandai berlakon dan berpura-pura untuk menarik perhatian tuannya. Namun dengan memeluknya walaupun sekejap sudah cukup untuk anda mendapatkan rawatan bagi menghilangkan stress dan keletihan kerana bebanan tugas seharian.











Cat, nama diberi oleh pemiliknya, seekor kucing berusia 21 bulan dari utara Thailand ini memiliki keunikan pada mukanya, di sebelah kanan mukanya berwarna putih dan di sebelah kirinya berwarna kelabu, secara  bergurau di laman instagramnya Eve menulis bahawa kucingnya kelihatan seperti penjahat Batman, Harvey Dent, yang juga dikenal sebagai talam dua muka.











Kucing dengan ciri dua bahagian muka berbeza warna adalah hasil daripada genetik chimerism, iaitu kejadian semula jadi yang jarang berlaku di mana ia terhasil daripada sel-sel sekurang-kurangnya daripada dua sel telur asli yang berbeza.
Kucing peliharaan eve adalah keturunan kacukan Persian dan Scottish Fold, mempunyai tiga warna telah menarik minat ribuan pengikut di Instagram kerana penampilannya wajahnya yang sangat unik.


Cat suka memburu lipas, dan sangat suka kertas tandas. Eve mengatakan bahawa dia terpaksa menyembunyikan bekalan kertas tandas kerana ia akan membuatkan kucingnya menjadi gila-gila apabila dapat bermain dengan kertas tandas. [instagram miaow_maew] [





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2021 09:22 PM | Show all posts
nnti forumer2 etis masuk habis diorang dakwa kucing ni boleh bercakap sbb ada dna manusia sikit2

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 2.117178 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list