CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1133|Reply: 0

Haaland Ubah Haluan Dortmund Di Seville

[Copy link]
Post time 18-2-2021 09:49 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang Dortmund Erling Braut Haaland meraikan jaringan ketika menentang Sevilla dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan. - Foto AFP


Berita Harian

SEVILLE, Sepanyol: Erling Braut Haaland meledak dua gol di babak pertama ketika membantu Borussia Dortmund bangkit menewaskan Sevilla 3-2 dalam aksi 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan.

Suso meletakkan juara Liga Europa musim lalu itu di depan tetapi Mahmoud Dahoud kembali menyamakan kedudukan sebelum Haaland memastikan kemenangan.

Penyerang Norway itu meletakkan Dortmund di depan pada minit ke-27 dan sekali lagi membuktikan ketajamannya dua minit sebelum rehat untuk jaringan ke-25 dalam 24 penampilan di semua pertandingan musim ini.

Haaland, 20, sudah meledak 18 gol dalam 13 penampilan Liga Juara-Juara sejak permulaan musim lalu.

Pemain gantian Luuk de Jong merapatkan jurang buat Sevilla bagi menghidupkan peluang pada aksi timbal balik 9 Mac ini.

"Kami tidak sepatutnya kalah, tetapi mereka mempunyai salah seorang penyerang terbaik dunia dan dia membawa perbezaan dalam tiga situasi yang sepatutnya boleh dielakkan," kata pengendali Sevilla Julen Lopetegui.

Haaland turut membuat umpanan untuk jaringan penyamaan Dahoud di babak pertama.

"Ini antara persembahan terbaik kami musim ini. Kami gembira dengan keputusan ini dan bangga dapat menewaskan pasukan seperti itu," kata pengendali Dortmund Edin Terzic yang menggantikan Lucien Favre.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.058984 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list