Unik dan jarang ditemui, namun warna biru pada sebelah mata adalah keistimewaan yang dimiliki seorang kanak-kanak pekak dan bisu di Kampung Bukit Kelulut di sini.
Muhammad Hakim Hussien, 4, adalah anak tunggal kepada pasangan orang kurang upaya (OKU), Hussien Amid, 44, dan Siti Hajar Abu, 35, yang juga pekak dan bisu.
Foto: Sinar Harian
Dalam istilah perubatan ia dikenali 'heterochromia' merupakan fenomena yang jarang berlaku iaitu seorang individu mempunyai dua warna mata berbeza, boleh terjadi sejak lahir disebabkan genetik atau kerana kecederaan dan penggunaan ubat-ubatan.
Menurut ibu saudara Siti Hajar, Aminah Jaafar, 58, cucu saudaranya itu memiliki warna biru pada mata sebelah kanan sejak lahir.
"Dalam keluarga kami setakat ini tiada yang pernah memiliki warna mata sebegini dan hanya Muhammad Hakim memiliki keistimewaan tersebut.
"Setakat ini penglihatannya normal. Dia pun seorang kanak-kanak yang ceria dan manja dengan saya kerana setiap petang saya akan menjaganya di rumah atas nasihat doktor atas faktor keselamatan," katanya kepada Sinar Harian.
Kanak-kanak istimewa itu ditemui ketika kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Bukit Kelulut, Abu Kasim Kamat dan Pegawai Pertahanan Daerah Temerloh, Muhammad Ikram Harun di rumah keluarga tersebut pada Khamis.
Foto: Sinar Harian
Rumah pasangan tersebut terjejas akibat ribut yang melanda pada Jumaat lalu.
Aminah yang bekerja di bahagian landskap Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) memberitahu, Siti Hajar adalah anak bongsu daripada enam beradik dan hanya seorang daripada adik-beradiknya normal, selebihnya mengalami pekak dan bisu.
Foto: Sinar Harian
"Siti Hajar telah berkahwin dan menduduki rumah keluarganya sejak 2010. Kini hanya dia bekerja sebagai tukang cuci kontrak dengan pendapatan bersih RM500, manakala suaminya tidak dapat bekerja menjaga anak mereka di rumah.
"Namun, Siti Hajar dan suaminya ada menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," jelasnya.
Foto: Sinar Harian
Sementara itu, Abu Kasim berkata, kerosakan yang dialami rumah pasangan OKU itu akan dibaiki oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) selain dibina tandas baharu.
Orang ramai yang ingin meringankan beban keluarga berkenaan juga boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Agrobank bernombor 2006141000096737 atas nama Siti Hajar Abu. -CARI
Post time 19-2-2021 09:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tinot7: Edited by Tinot7 at 19-2-2021 06:10 PM waardenburg syndrome ke?ntah laa Rbra10-3sa8
Mcm bukan, sbb syndrome ni mata berjarak dari kebiasaan. Tp tak pasti lah , adik ni kena cek.
Tapi kalau semenanjung ni kalau mata biru mmg inherited dari keturunan, salah satu mmg ada gen kokesen. Lagi satu, sbb melayu ni ada byk2 ethnic. Kalau gen orang asli kuat mmg mata ada yg biru , rambut pun blonde. Tapi mata biru kadang2 mmg bertukar coklat masa besar.
Sedara iol kat n9 mata besar coklat cair, rambut blonde. Sebijik anak mat saleh. Tapi sebenarnya ada gen orang asli.
Mcm kat sumatera pun ada geng mata biru, tu tinggalan gen penjajah, ratus2 tahun lalu.
Muhammad Hakim Hussien, 4, adalah anak tunggal kepada pasangan orang kurang upaya (OKU), Hussien Amid, 44, dan Siti Hajar Abu, 35, yang juga pekak dan bisu.
Ko tengok bapa budak ni handsome tak? Pekak dan bisu gak tu