CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3913|Reply: 5

Dark Tourism – Anda Mungkin Salah Seorang Peminatnya!

[Copy link]
Post time 19-2-2021 09:36 PM | Show all posts |Read mode
Dark Tourism – Anda Mungkin Salah Seorang Peminatnya!

Pernah dengar pasal ‘dark tourism’? Mungkin terma ini kita jarang dengar, tapi dalam tak sedar kita adalah salah seorang yang suka dan peminat dark tourism.




Dark tourism sebenarnya bukanlah satu konsep percutian atau pelancongan yang baharu, baru-baru ini sahaja ia mendapat perhatian daripada media-media dan wujudnya siri-siri dokumentari dan filem berkenaan dark tourism ni. Bila dah di dedahkan, secara tak langsung ia menarik minat ramai. Salah satu contoh adalah rancangan Dark Tourist di Netflix.
Cuba korang ingat balik, dalam mana-mana percutian korang… pernah tak korang pergi ke tempat yang korang tahu ianya bukan mendatangkan kegembiraan macam korang melawat taman tema dan sebagainya ataupun, korang suka melawat tempat yang ada sejarah yang ‘gelap’.
Salah satu contoh adalah kalau korang ke Cambodia, korang melawat Killing Field atau Toul Sleng Genocide Museu, atau dikenali sebagai S-21 yang mana tempat ini merupakan sekolah siksaan dan penjara ketika zaman pemerintahan rejim Pol Pot.

Ini pulak keluasan sel penjara siksaan Tuol Sleng


Dalam erti kata lain, dark tourism ni sebenarnya melancong atau melawat ke destinasi yang ada ‘sejarah gelap’ lebih-lebih lagi yang melibatkan kematian, bencana atau kedua-duanya. Kalau nak cerita panjang, memang dark tourism ni ada terbahagi kepada beberapa kategori dan ada macam-macam definisi.
Dalam tak sedar, sebenarnya ramai yang ‘suka’ ke tempat-tempat macam ini dan sebenarnya, kebanyakan tempat yang jatuh dalam kategori dark tourism ni memang menarik disebabkan ia mempunyai nilai sejarah yang kadang-kadang kita tak akan jumpai dalam buku teks sejarah sekolah.
Ground Zero, tapak bangunan WTC


Sama macam kita melawat ke muzium kesenian, kita akan menambah pengetahuan tetang sisi seni sesuatu budaya. Macam itu jugaklah pentingnya kawasan atau destinasi yang dilabel sebagai dark tourism ni. Contoh lah, kita ke kawasan atau muzium yang berkaitan perperangan, secara tak langsung kita dapat ketahui sedikit sebanyak berkenaan sejarah, sosio-budaya dan latar belakang sesebuah negara.
Dalam masa yang sama, tak dinafikan yang biasanya destinasi-destinasi ‘dark’ ini akan meninggalkan kesan dari segi emosi terhadap seseorang. Cuba ingat balik, lawatan-lawatan korang sebelum ini, mesti ada perasaan seram sejuk, meremang bulu roma dan sebagainya. Dari segi emosi, kita akan sedikit terganggu sebenarnya.
Bukan Untuk Suka – Suka

Sebenarnyalah, tempat-tempat macam ini bukanlah sesuai untuk semua orang. Kenapa aku cakap macam tu, sebab… fikir logik, tempat-tempat dark tourism ni adalah peninggalan ‘sejarah gelap’ yang berkemungkinan komuniti di sana kalau boleh putar masa, taknak perkara itu berlaku. Ada sesetengah daripada ‘kita’ yang kesana ni, dengan bangganya tangkap gambar yang ‘kurang senonoh’ atau pun bergembira. Jadi secara tak langsung, korang ibarat bergembira atas kematian atau tragedy yang menimpa orang disana.
Jadi, kalau korang jenis yang nak upload gambar happy-happy, atau sekadar melawat disebabkan situ popular dan sebagainya, korang SALAH. Sebab itu, dikatakan tempat-tempat macam ni, tak sesuai untuk semua orang.
Destinasi Dark Tourism atau Tidak?

Kalau korang tak pasti lagi berkenaan dark tourism, atau persoalan adakah aku pelancong atau peminat dark tourism ni, fikir macam ni : destinasi dark tourism ni biasanya tak melibatkan kawasan yang ramai pelancong jadi pelancong.
Bahasa mudahnya, tak akan nampak orang beli belah,sun bathing dan lain lain. Cuba fikir, agak-agak tempat dark tourism ni ada ke cenderamata? Kalau ada pun, sekadar jual poskad ataupun buku-buku ilmiah tentang sejarah tempat tersebut macam di Tuol Sleng tu.

Bou Meng, salah seorang banduan terakhir Tuol Sleng - Dia terselamat dari dibunuh oleh Pol Pot sebab pandai melukis


Destinasi yang melibatkan budaya atau element binaan, TIDAK termasuk dalam kategori dark tourism ni, temasuklah muzium – KECUALI muzium tersebut fokus kepada sejarah atau isu ‘gelap’ seperti pembunuhan beramai-ramai atau perperangan.
Walaupun ada antara destinasi dark tourism ni terkait dengan pelbagai kejadian mistik, tapi itu sebenarnya sebahagian sahaja. Melainkan ianya betul-betul ‘gelap’ dan berkait dengan latar belakang destinasi tersebut.
Jadi, korang ni terjatuh dalam kategori ‘dark tourist’ tak?


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2021 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka ke tempat2 cam.tu..
Selain muzium
Tapi laki iols tak minat
Jadi cam hurmmmm je lah
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Depress + sedih betul pergi killing field kat Phnom Phen tu. Rasa nak cepat2 habis tour tapi rugi la bayar mahal, and tak rasa nak repeat dah
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
penah pergi 2 sport dark tourism
lubang japan dkt padang dengan yg dkt vietnam tu. alaa lupe la nama dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai sukaaaaa...mcm war museum penang tu,boleh jd tmpt dark tourism kan..

Y paling sayang sgt2 tu penjara pudu..patutnya gomen buat tmpt dark tourism..komfem ramai urbex akan pegi..kekalkan bilik sihir tu n lukisan2 banduan mcm banduan kapal tu..tmpt bersejarah gtu diruntuhkan..haihhh laaa..sayang sgguh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm.. tak gemar lah nk discover dark side. Yg hal bright ni pun ada jer grey area. Ni plak dark terus. Huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.100756 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list