CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1097|Reply: 0

[SARAWAK]Sukarelawan berumur 60 tahun ke atas diperlukan bagi percubaan klinikal

[Copy link]
Post time 21-2-2021 03:23 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Hospital Umum Sarawak (HUS) mencari sukarelawan berumur 60 tahun dan ke atas bagi percubaan klinikal vaksin COVID-19.


Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Chin Zin Hing berkata percubaan klinikal melibatkan kumpulan umur ini adalah bagi mendapatkan data saintifik yang lebih komprehensif.
Sehubungan itu beliau menggalakkan individu berumur 60 tahun dan ke atas untuk menyahut cabaran dan mengambil bahagian dalam percubaan klinikal ini untuk menyumbang kepada sains dan pembangunan rawatan baharu.
“Percubaan klinikal adalah untuk menyediakan data untuk ilmu saintifik yang lebih kukuh.
"Pada masa ini, data vaksin COVID-19 adalah kebanyakan dalam kumpulan umur 18 hingga 60 tahun. Sebab itu, lebih banyak maklumat diperlukan oleh semua pembuat vaksin,” katanya ketika dihubungi The Borneo Post hari ini.
Percubaan klinikal di HUS adalah untuk penilaian keberkesanan dan keselamatan vaksin SARS-CoV-2.
Jelas Dr Chin lagi, data saintifik yang lebih banyak adalah diperlukan dan akan diperoleh dari percubaan klinikal yang sedang dijalankan memandangkan vaksin juga akan diberikan kepada mereka berumur 60 tahun dan ke atas.
“Percubaan klinikal ini tidak ada bezanya dan sebab itu kita mencari subjek berumur lebih 60 tahun,” ujarnya.
Dr Chin dalam pada itu berharap lebih ramai sukarelawan berumur 60 tahun dan ke atas akan menyertai percubaan klinikal ini.
Individu yang berminat katanya dinasihatkan untuk menjalani saringan di Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) pada waktu pejabat yang terletak di Jabatan Kecemasan HUS.
Untuk makluman, lebih daripada 34,000 individu di seluruh dunia telah menyertai fasa ketiga percubaan klinikal yang dikeluarkan dan disediakan Institut Biologi Perubatan Akademik Sains Perubatan China.
Daripada jumlah ini, 3,000 sukarelawan adalah dari Malaysia dengan 400 daripada mereka dari Sarawak.

kredit : utusanborneo 21feb2021






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.440072 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list