Pelakon, Lisdawati mengakui dirinya berasa sedikit ralat kerana tidak lagi berpeluang untuk berkongsi foto-foto kenangan sewaktu berkahwin kerana pada ketika itu dia masih belum berhijab.
Menurut Lisdawati, mereka yang berkahwin dalam keadaan menutup aurat sangatlah bertuah kerana boleh mengenang kembali momen tersebut pada bila-bila masa dan dengan sesiapa sahaja.
Dalam pada itu, pelakon filem, KL Menjerit ini turut menyeru kepada pasangan yang bakal berkahwin untuk menjadikan kisahnya itu sebagai pengajaran.
Kredit foto: IG Lisdawati
Sementara itu, Lisdawati turut dilihat sempat berseloroh mengajak suaminya itu untuk sekali lagi mengadakan majlis persandingan seandainya diberikan kesempatan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sama selain turut mendoakan semoga rumah tangga yang dibina Lisdawati dan Fauzi akan kekal bahagia sampai bila-bila.
Sekadar informasi, Lisdawati mendirikan rumah tangga bersama Fauzi Nawawi pada tanggal 9 September 2007 dan telah pun dikurniakan empat orang cahaya mata.
Sumber: Media Hiburan |