View: 2354|Reply: 10
|
Aina Abdul Dedah Pernah Jadi Penyanyi Di Kelab Dan Lounge
[Copy link]
|
|
Pernah bekerja sebagai penyanyi gig di restoran, kelab dan lounge, penyanyi Aina Abdul memilih sebuah kelab malam sebagai lokasi untuk video muzik (MV) lagu terbaharunya berjudul Sepi.
Menurut Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, pemilhan lokasi tersebut juga bersesuaian dengan jalan cerita lagu itu yang mengisahkan perjalanan hidupnya sebelum bergelar penyanyi 'mainstream'.
"Untuk pengetahuan, saya bermula sebagai penyanyi gig di restoran, kelab dan lounge. No Black Tie dipilih menjadi lokasi MV Sepi kerana saya pernah mencari rezeki di sana dengan menyanyi setiap malam.
"ersekitaran lokasi sangat dekat dengan jalan cerita Sepi dan bagaimana saya mencari identiti sendiri dengan menyanyi dan dari situ, saya keluar mengenali dan meneroka ke dunia lebih luas lagi.
"Apa yang saya paparkan dalam muzik video itu antara kisah suka duka serta kejadian yang pernah saya lalui sendiri sebelum dikenali sebagai penyanyi mainstream," kata Aina.
Foto: IG
MV lagu ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi berusia 28 tahun ini mula dilancarkan di saluran YouTube pada 8 Februari lalu dan kini mendapat lebih 360,000 tontonan.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Sumpah dan Semalam ini memberitahu dia juga mahu memberikan inspirasi kepada peminat melalui karya tersebut.
Malah, lirik lagu tersebut juga bersesuaian dengan situasi semasa di mana ramai orang yang terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
"Menerusi Sepi, saya bercerita tentang konsep sayangi diri sendiri. Daripada kisah yang pernah dilalui sendiri, saya cuba untuk memberi inspirasi kepada orang di luar sana bahawa 'you are the owner of your destiny, and nobody else can change but you'.
"Di mana dahulu saya menyanyi di restoran dan kelab-kelab tapi saya kerja keras dan nekad untuk pergi lebih jauh untuk merealisasikan impian dan mahu karya saya didengari.
"Selain itu, jika lirik lagu ini diperhalusi, ia juga sesuai dengan situasi semasa tatkala kita semua berhadapan dengan pandemik. Ramai yang terkesan dengan keadaan sekarang, ada yang dibuang kerja, ada yang sukar mencari rezeki dan banyak lagi.
"Kita juga melihat ramai anggota barisan hadapan yang terus kekal berjuang walaupun penat bekerja bagi kerana terlalu letih serta mereka yang bersusah payah untuk mengekalkan kehidupan di waktu mencabar ini," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni ada suara tapi cm takda aura.. mcm tak tertarik nak tahu lebih lanjut psl dia |
|
|
|
|
|
|
|
Ntahlah.. x minat.. xda aura.. next |
|
|
|
|
|
|
|
tak minat dia ni tak lawa gambar filter teruk nyanyi nak jerit sokmo |
|
|
|
|
|
|
|
Adeh da mcm script hajah plk.
Kalo dulu kita pnh bunuh org, x kan skrg pun kita perlu bunuh org utk mengingati kisah silam. Ni cth. Hrp maklong.
|
|
|
|
|
|
|
|
So semua org kene jd penyanyi kelab ke hape ni? |
|
|
|
|
|
|
|
biasa penyanyi kelab ni suara memang mantap2 la.teringat plak nita malaysian idol tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Da femes duit da masyuk tu
Repair la ape yg patut.
Rupa main peranan penting dlm industri.
Baru la org lekat tengok.tgk jihan lepas repair terus boom .
Fakta is fact |
|
|
|
|
|
|
|
Redmyvi replied at 22-2-2021 05:15 AM
Dia ni ada suara tapi cm takda aura.. mcm tak tertarik nak tahu lebih lanjut psl dia
Sama. Takde aura. Dia boleh nyanyi. Tapi kdg2 dia nyanyi terlebih2. Over sgt. Tu yg tak best tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tok lipis gak yg bertuah...muncul Kat industri dgn full pakej... |
|
|
|
|
|
|
| |
|