CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1612|Reply: 1

"Bukit Hari-Hari Ditarah Licin Juga," -Dah Setahun Ramlah Ram Tak Meny

[Copy link]
Post time 23-2-2021 11:03 AM | Show all posts |Read mode
Hampir setahun tidak menyanyi di persembahan pentas, penyanyi popular era 1980-an, Ramlah Ram mengakui dia kini menampung kehidupannya dengan wang simpanan serta berniaga kecil-kecilan.


Ramlah yang baru meraikan ulang tahun kelahirannya ke-56, pada Jumaat lalu berkata dia bersyukur berkat sikap yang suka berjimat-cermat dalam berbelanja selama ini dan gemar menabung, sangat membantunya pada situasi sekarang.


"Selain berbekalkan wang simpanan yang ada, saya juga dapat rezeki dipilih sebagai duta produk serta menjalankan perniagaan menjual minyak wangi yang sudah diusahakan sejak beberapa tahun lalu.


"Kiranya dapatlah menampung kehidupan sepanjang situasi pandemik ini. Bagi saya, nak bergantung pada wang simpanan sepenuhnya tak boleh juga. Ibarat bukit kalau ditarah, lama-lama licin juga. Jadi, saya tetap kena usaha cabang rezeki yang lain.


"Apapun, penting untuk kita sentiasa beringat dan berhemah dalam perbelanjaan kerika ada wang lebih. Saya pun mujurlah sudah melatih diri membeli apa yang diperlu sahaja dan utamakan simpanan sejak dahulu lagi," katanya kepada Harian Metro.




Foto: IG




Ramlah yang sudah 36 tahun membabitkan diri dalam kerjaya seni turut mengimbau perjalanannya sebagai penyanyi yang dianggap sangat berharga dan tidak ternilai.


"Bila difikir-fikirkan semula, selama lebih tiga dekad ini, saya sudah melalui perjalanan panjang. Saya pernah ada pengalaman hasilkan piring hitam, kemudian buat kaset, diikuti cakera padat (CD) dan kini lagu-lagu hanya distrim sahaja kerana kemudahan teknologi.


"Melihat perkembangan ini, ia sangat pantas dan saya bersyukur dapat melihat serta merasai semua era ini yang boleh dikata, sekarang orang dah boleh ada saluran TV sendiri di platform digital," katanya.


Menurut Ramlah, apa pun dia sangat merindui suasana membuat persembahan di hadapan penonton. Katanya semoga pandemik Covid-19 ini segera berakhir dan kita semua jalani kehidupan norma baharu dengan selamat.


Sepanjang pembabitan dalam dunia seni suara, Ramlah yang juga Juara Bintang RTM 1985 pernah popular dengan lagu seperti Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, Selamat Jalan Romeo, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi dan banyak lagi. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2021 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Thread dh ada la wartawan cari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.035851 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list