Kuala Lumpur: Mana-mana kenderaan yang didapati bersalah mengubahsuai ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam boleh dipenjara sehingga enam bulan.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, mereka juga boleh dikenakan denda sehingga RM2,000, jika disabitkan.
"Mengikut Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959) setiap ekzos (dengan penyenyap) yang dipasang pada kenderaan bermotor hendaklah pada setiap masa diselenggarakan supaya berada dalam keadaan yang baik.
"Ia juga perlu dipastikan tidak diubah suai sehingga menyebabkan bunyi bising. Mana-mana individu yang membuat pengubahsuaian sedemikian adalah melakukan satu kesalahan mengikut kaedah berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Selain itu, Azisman berkata, mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, polis diberikan kuasa untuk menyita motosikal tersebut dengan tujuan untuk mengelakkan daripada kesalahan berulang.
Katanya, polis boleh menahan motosikal tersebut sehingga pemiliknya mengambil langkah-langkah bagi menjamin kesalahan berkenaan tidak berlaku lagi.
"Penggunaan ekzos bising ini menjadi trend semasa golongan muda kerana dikatakan dapat meningkatkan kelajuan motosikal dan juga mencantikkan fizikal motosikal tersebut.
"Pihak JSPT sentiasa mengadakan Operasi Bersepadu dengan jabatan dan agensi yang lain termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS)," katanya.
Justeru, beliau mengingatkan semua pemilik kenderaan bukan sahaja pemilik motosikal tetapi juga pemilik kenderaan bermotor yang lain agar mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya yang membabitkan pengubahsuaian.
"Sebarang pengubahsuaian yang ingin dilakukan hendaklah mendapatkan kelulusan daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya.
Oleh MUHD AFIQ AL-HAFIZ MAT YUSOF
22 Februari 2021, 3:42 pm
Gambar hiasan.
PETALING JAYA – Pemilik motosikal yang didapati bersalah mengubah suai ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam boleh dipenjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, pemilik motosikal juga perlu memastikan ekzos tidak diubah suai sehingga menyebabkan bunyi bising.
“Pihak polis juga boleh menahan motosikal tersebut sehingga pemilik motosikal mengambil langkah-langkah bagi menjamin kesalahan sama tidak berulang.
“Penggunaan ekzos bising ini menjadi trend bagi golongan muda kerana dikatakan dapat meningkatkan kelajuan motosikal selain mencantikkan fizikal motosikal tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, polis diberi kuasa untuk menyita motosikal di bawah peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan tujuan untuk mengelakkan kesalahan sama berulang.
“Mengikut Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959) setiap ekzos (dengan penyenyap) yang dipasang pada kenderaan bermotor hendaklah diselenggarakan supaya berada dalam keadaan yang baik.
“Mana-mana individu yang membuat pengubahsuaian sedemikian adalah melakukan satu kesalahan mengikut kaedah berkenaan,” jelasnya.
Katanya, JSPT sentiasa mengadakan Operasi Bersepadu dengan kerjasama jabatan dan agensi yang lain termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS).
“Menerusi operasi tersebut, motosikal akan diukur paras bunyi ekzos yang dibenarkan dan sekiranya paras bunyi melebih daripada yang ditetapkan, JAS akan mengeluarkan kompaun saman ke atas pemilik motosikal.
“Sebarang pengubahsuaian yang ingin dilakukan hendaklah mendapatkan kelulusan daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.-
betul sangat2...ada satu kicap ni tiap nak masuk maghrib mula la lepas bunyik enjin sangkut2 pelepop pelepop....iols hari2 menyumpah dalam hati babee lahanat
memang semak dengar ekzos memekak ni tak kira laa moto ke keta ke.... tambah sakit hati bila dia saja2 round dua tiga kali sambil press minyak. hanjeng betul... ni dah takde curfew pkp 10pm, mula laa start baik preng preng pelepop pelepop tak tentu hala