View: 4869|Reply: 32
|
Selepas Mira Filzah, Mk K-Clique Jadi Duta Pusat Tuisyen Dan Peningkatan Akadem
[Copy link]
|
|
Selepas Mira Filzah, penyanyi rap kumpulan K-Clique, MK pula dipilih memikul tanggungjawab sebagai duta pusat tuisyen dan peningkatan akademik, PTTI Group Sdn Bhd sejak awal Januari lalu.
Penyanyi dari Sabah itu menjelaskan mengenai perkara berkenaan seiring dengan video yang dikongsinya baru baru ini di laman Instagram dengan mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mula menduduki peperiksaan berkenaan sejak 22 Februari lalu.
MK atau nama penuhnya, Muhammad Hairi Amin,24, juga percaya, tanggungjawab yang digalas itu datang dengan amanah yang murni serta besar.
Foto: IG
“Sejujurnya saya mengambil masa memikirkan untuk menyatakan persetujuan sebagai duta pusat akademik berkenaan.
“Saya ‘dirisik’ pihak mereka sekitar Oktober tahun lalu. Ketika itu pun saya sudah mula diundang pihak berkenaan sebagai panel jemputan bersama teman artis lain.
“Ketika itu fungsi dan peranan saya lebih kepada memberi semangat dan mendorong calon SPM 2020 yang berdepan pengalaman dan cabaran berbeza di era pandemik COVID-19 ini,” katanya.
MK berkata, dia mula memeterai perjanjian bersama pusat akademi itu hujung tahun lalu.
“Cuma dalam hati saya terdetik kenapa pihak PTTI berkenan menyunting saya sebagai duta. Saya percaya ada calon lain yang lebih baik berbanding diri sendiri.
“Namun rezeki itu tak pernah salah alamat. Jadi amanah yang digalas ini akan saya sebaik mungkin. Mungkin juga saya ada pencapaian dan sedikit pengaruh yang boleh mendekatkan PTTI dengan generasi masa kini yakni pelajar SPM,” katanya yang bergelar duta pusat akademik itu selama setahun.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra dengan nama Cikgu Fana berkata, pemilihan MK seiring dengan aura, personaliti dan pengaruhn dimilikinya.
“Sebagai pusat akademik yang khusus kepada pelajar SPM, kami optimis kehadiran MK boleh terus mendekatkan kami dengan golongan sasaran.
“Kita sedar, pesonanya dalam kumpulan K-Clique cukup hebat dan berpengaruh. Apa saja yang dikongsinya mendapat perhatian ramai.
“Kita mempertimbangkannya juga dengan pelbagai faktor tambahan. MK ada sesuatu yang boleh kita gunakan untuk manfaat, tujuan dan contoh positif terutama di saat isu pendidikan kini berdepan cabaran getir,” katanya.
PTTI yang ditubuhkan sekitar tahun 2016 sudah berjaya melahirkan lebih 100,000 orang pelajar lulusan SPM dengan keputusan cemerlang hingga tahun lalu.
PTTI kini memiliki 25 tenaga pengajar, yang mengajar menerusi formula dan teknik berkesan membimbing pelajar menghadapi SPM. -CARI
Sumber: Media Hiburan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ape significant korang jd duta pusat tuisyen? |
|
|
|
|
|
|
|
pusat tuisyen ni jenis x tengok ke attitude retis tu sebelum lantik jadi duta pusat tuisyen??
MK WHAT??dengan pakai gelang emas ponen padahal haram pun jadi duta untuk pendidikan???semoga terkambus la pusat tuisyen tu sbab sebarangan je lantik retis low attitude |
|
|
|
|
|
|
|
Klo migha ok la ad degree. MK ni ada apa?sori la..dgn pakai emasnya lg. Klo penampilan clean, ok la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni result cemerlang ka dolu2? |
|
|
|
|
|
|
|
seriously? macam takde artist lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Tolong bentang result kau dr sek rendah sampai spm....
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak baik kutuk dia.. nak kutuk, kutuk mira basic muka sembam |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie: pusat tuisyen ni jenis x tengok ke attitude retis tu sebelum lantik jadi duta pusat tuisyen??MK WHAT??dengan pakai gelang emas ponen padahal haram pun ...
Setujoooooo Ni macam si Khai Rosma dulu jd duta kolej muhaya ke apa tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Wahhhh ambik kaki pukul jadi duta? |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7: Dia ni result cemerlang ka dolu2?
Spm cemerlang. Lepas tu tak sambung dah. Mcm2 la alasan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
bulanbulat replied at 24-2-2021 09:11 PM
Spm cemerlang. Lepas tu tak sambung dah. Mcm2 la alasan dia.
Bujsn heols graduan UiTM? |
|
|
|
|
|
|
|
Mk clique ni siapa sebenarnya? |
|
|
|
|
|
|
|
bulanbulat replied at 24-2-2021 09:11 PM
Spm cemerlang. Lepas tu tak sambung dah. Mcm2 la alasan dia.
Bukan ke dia ada masuk uni ke? Ada gambar dia ngn mak dia masa dia konvo.
Cuma iols tak ingat dia masuk uni apa, sebab tengok sekali lalu ja masa org share pasal dia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 sekolah laki pompuan suka dgn MK ni. MK pon boleh la ada diploma Uitm tapi taktau la course apa. Kira ok la dari si 10A & 6A spm tapi dok takat tu saja... |
|
|
|
|
|
|
|
bulanbulat replied at 24-2-2021 09:11 PM
Spm cemerlang. Lepas tu tak sambung dah. Mcm2 la alasan dia.
Idokle cemerlang sangat. Aku google dia dapat 3A 5B. |
|
|
|
|
|
|
|
Padahal ada lagi retiss yg layakk jadi duta tuisyen ni.. Cari laa yg perngai elok sikit.. Ni yang ada kontrobasi sal pakai emas jgk yg ko pilih |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 24-2-2021 10:59 PM
Bukan ke dia ada masuk uni ke? Ada gambar dia ngn mak dia masa dia konvo.
Cuma iols tak ingat dia ...
ad gambor dia ngn awek dia gak sama graduate uitm. Rasanya dorg ambik business |
|
|
|
|
|
|
|
miss_perfect replied at 25-2-2021 10:37 AM
Idokle cemerlang sangat. Aku google dia dapat 3A 5B.
3A4B tu art stream ke science stream? kalau art dpt result gitu bese je pn eceeehh haha |
|
|
|
|
|
|
| |
|