View: 1439|Reply: 5
|
Korea Selatan belum mula pemvaksinan
[Copy link]
|
|
Seoul: Korea Selatan menyasar mewujudkan imuniti kelompok menjelang musim luruh meskipun negara itu agak lewat memulakan program imunisasi Covid-19.
Imuniti kelompok adalah keadaan apabila jangkitan tidak tersebar dalam suatu kelompok masyarakat oleh kerana sebahagian besar daripada anggotanya mempunyai imuniti dan terlindung daripada penyebab jangkitan.
BBC melaporkan Korea Selatan yang terjejas teruk akibat Covid-19 tahun lalu menjadi negara contoh kerana melaksanakan ujian saringan berskala besar dan pengesanan kontak cekap.
Bagaimanapun, berbanding negara lain, program imunisasi di Korea Selatan belum dimulakan.
BBC melaporkan Perdana Menteri Chung Sye-kyun mempertahankan langkah kerajaan yang memulakan program imunisasi agak lewat.
Beliau berkata, ia memberikan pihak berkuasa masa menilai keberkesanan vaksin itu di negara lain.
Dalam pada itu, AFP melaporkan penghantaran pertama vaksin virus itu dimulakan pada Rabu dan pemvaksinan dimulakan pada Jumaat.
Pegawai kesihatan mula melaksanakan program imunisasi membabitkan petugas kesihatan di hospital dan rumah jagaan minggu ini.
Korea Selatan sebelum ini mengumumkan pelan program imunisasi secara percuma dengan kerjasama gergasi farmaseutikal Britian-Swedish yang mengeluarkan vaksin AstraZeneca.
Vaksin itu yang dihasilkan di Andong, negara itu menerusi perjanjian kerjasama dengan pengeluar ubat Korea Selatan, SK Bioscience Co.apatan itu disebabkan oleh pendapatan yang lebih rendah daripada semua produknya.
Sumber : Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bagus tindakan pm korea utk wait and see first |
|
|
|
|
|
|
|
Klu rakyat negara lain elok je x de kesan sampingan atau mati baru teruskan.. |
|
|
|
|
|
|
|
jadinya soalan serius saya.. malaysia ni kira amik langkah drastik ke bila dah amik vaksin ek. even tho..skang hanya utk frontliner.. |
|
|
|
|
|
|
|
kome baca tak ayat ni? menjelang musim luruh, depa dah ada herd imuniti. maknanya start lewat pun takpe sbb plan utk capai imuniti kelompok by autumn
Seoul: Korea Selatan menyasar mewujudkan imuniti kelompok menjelang musim luruh meskipun negara itu agak lewat memulakan program imunisasi Covid-19. |
|
|
|
|
|
|
| |
|