View: 4064|Reply: 8
|
Apa Hukum Masuk Tandas Ketika Azan Berkumandang?
[Copy link]
|
|
Pernah dengar orang tua-tua melarang kita daripada masuk ke tandas ketika azan kerana dikatakan waktu tersebut syaitan sedang berkumpul di tandas? Apa hukumnya masuk ke tandas ketika azan berkumandang?
Terdapat hadis yang umum mengisyaratkan kepada hal sedemikian. Namun, tiada riwayat menyebut secara jelas dan terang tentang syaitan berkumpul di tandas ketika azan. Di samping itu juga, tiada riwayat yang menunjukkan kepada tegahan untuk masuk ke tandas waktu azan.
Oleh itu, tiada larangan untuk masuk tandas ketika azan berkumandang. Lebih-lebih lagi jika keadaan yang mendesak atau mempunyai tujuan seperti untuk bersegera supaya dapat hadir untuk berjemaah di masjid dan seumpamanya.
Gambar hiasan
Walau bagaimanapun, jika mampu untuk menahan diri daripada memasuki tandas ketika azan, maka sebaiknya hendaklah melakukannya.
Di samping itu juga, sangatlah disarankan untuk membersihkan diri dan berwuduk lebih awal sebelum azan, supaya mendapat pahala menjawab azan tersebut dan hadir lebih awal ke masjid. Hal ini kerana begitu besar pahala yang diganjarkan oleh Allah SWT bagi mereka yang menjawab azan dan hadir awal ke masjid.
Terdapat hadis-hadis yang menyebutkan bahawa syaitan mendiami tempat-tempat yang kotor seperti tempat membuang hajat. Justeru, Rasulullah SAW mengajarkan kita untuk berdoa sebelum masuk dan selepas keluar dari tandas bagi berlindung daripada syaitan tersebut. Hal ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Zaid Bin Arqam, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya tempat membuang hajat ini didiami oleh syaitan. Jika salah seorang di antara kalian ingin memasuki tandas, maka ucapkanlah: ‘Aku berlindung kepada Allah SWT daripada syaitan jantan dan betina.’ [Riwayat Abu Daud (6)]
Begitu juga, Rasulullah SAW juga menyebutkan tentang keadaan syaitan tatkala azan berkumandang. Syaitan-syaitan akan bertempiaran lari sehingga keadaan mereka terkentut-kentut supaya tidak mendengar laungan azan tersebut. Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Apabila panggilan solat (azan) dikumandangkan, maka syaitan akan lari sambil terkentut hingga dia tidak mendengar azan lagi. [Riwayat al-Bukhari (608)]
Berdasarkan hadis-hadis di atas, secara umumnya ia mengisyaratkan bahawa tandas merupakan tempat yang didiami oleh syaitan dan apabila azan berkumandang maka mereka akan bertempiaran lagi sambil terkentut agar tidak mendengar laungan azan tersebut.
Walau bagaimanapun, tiada riwayat lain yang secara jelas mengatakan bahawa syaitan berkumpul di tandas ketika azan berkumandang. Begitu juga, tiada riwayat yang menunjukkan bahawa terdapat tegahan untuk masuk ke tandas waktu azan.
Lebih-lebih lagi jika sekiranya seseorang dalam keadaan terdesak untuk membuang air atau mempunyai tujuan seperti untuk bersegera ke masjid untuk menghadiri solat berjemaah, maka tiada larangan untuk dia masuk ke tandas ketika azan berkumandang.
Namun, apabila dia masuk ke dalam tandas waktu azan, maka dia akan terlepas untuk mendapat pahala menjawab azan. Hal ini kerana adalah makruh bagi orang yang berada di dalam tandas untuk menjawab azan. Ini sepertimana yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi dalam kitabnya, al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab:
Maksudnya: Dan dikecualikan daripada ini (menjawab azan) bagi orang yang sedang solat, orang yang berada di dalam tandas, orang yang sedang berjimak. Apabila telah selesai daripada menunaikan hajat dan berjimak, maka bolehlah dia mengikutinya (menjawab azan). (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3:118)
Sumber: Harakah Daily |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku la tu sokmo ugut anak dgn dah nk azan dah ni. Cepat mandi kang setan plak masuk |
|
|
|
|
|
|
|
Ohhhhh...tp ai xmasuk laa time azan nak2 maghrib..hehehe~ |
|
|
|
|
|
|
|
Iols selalu terkena time subuh. Nak buat mcm mana azan sambung menyabung pundiku tidak tertahan. Harapnya tak jadi apa la. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun sebolehnya elak masuk toilet time azan especially maghrib. Agaknya dah jd habit kot. |
|
|
|
|
|
|
|
samalah...aku pun gitu..nak2 waktu maghrib.. pesal tah..
tapi pernah beberapa kali dulu, aku mandi tiba azan maghrib... pastu paha aku lebam. |
|
|
|
|
|
|
|
pxlbb: Iols selalu terkena time subuh. Nak buat mcm mana azan sambung menyabung pundiku tidak tertahan. Harapnya tak jadi apa la.
When u got 2 go u got 2 go{:sing |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah thank you for sharing |
|
|
|
|
|
|
|
sebab teringat pesan ustazah dulu, waktu azan semua setan lari masuk toilet so tak berani nak masuk toilet waktu tu. takut terkena sampuk setan |
|
|
|
|
|
|
| |
|