View: 1404|Reply: 4
|
Budak Mati 'Dipukul' Penghalau Hantu
[Copy link]
|
|
Polis Sri Lanka pada Ahad menahan individu menggelar dirinya sebagai penghalau hantu selepas seorang kanak-kanak perempuan yang 'dirawatnya' menemui ajal akibat 'dipukul' suspek ketika melakukan ritual tersebut.
Gambar hiasan
Wanita yang tidak didedahkan identiti itu dipercayai memukul mangsa berusia sembilan tahun beberapa kali dengan tongkat bagi tujuan mengusir hantu yang dikatakan merasuk kanak-kanak itu.
Menurut jurucakap polis, ibu bapa mangsa membawanya untuk 'dirawat' wanita itu di perkampungan Meegahawatte di luar Colombo.
Jiran suspek kemudiannya terdengar tangisan kanak-kanak itu, namun tidak sempat menyelamatkannya, lapor AFP.
"Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di hospital," kata Ajith Rohana.
Jelasnya, beberapa ritual untuk menghalau hantu semakin kerap dilaporkan sejak beberapa tahun lalu dan sebahagian daripadanya turut mencederakan fizikal termasuk menyebabkan kematian.
Difahamkan, ramai penduduk tempatan lebih mempercayai bomoh dan penghalau hantu untuk membantu pelbagai masalah yang dihadapi mereka.
Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Pavithra Wanniarachchi mendedahkan beliau mengambil ubat yang didakwa dapat memberikan kekebalan seumur hidup terhadap jangkitan Covid-19.
Bagaimanapun, beliau masih dijangkiti dan terpaksa dirawat di unit rawatan intensif.
Sumber: Sinar Harian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm..mcm2..xde ritual lain ke,nak jgk pukul ngn tongkt etc.. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam cerita korea tajuk metamorphosis lebih kurang gitu lah..pukul2 untuk keluarkan roh salah satu cara exorcism |
|
|
|
|
|
|
|
macam siccin dah pukul2 sampai mati untuk keluarkan roh jahat...
tapi berkesan ke tak yer sebab memang ada ustaz pukul2 jugak cuma takde la sampai mati tu... |
|
|
|
|
|
|
|
salmon-suki replied at 1-3-2021 09:48 AM
Hmmm..mcm2..xde ritual lain ke,nak jgk pukul ngn tongkt etc..
U tuber pavitra dah jd menteri rupanyaaa.. hebatt.. sugus bila lg |
|
|
|
|
|
|
| |
|