|
5 Taman Tema Di Asia Tenggara Yang Boleh Dimasukkan Dalam ‘Bucketlist’ Anda
Bosan pergi taman tema yang sama? Apa kata sekali sekala cuba ‘tempat baru’ yang berkemungkinan kawan – kawan atau keluarga anda belum pernah sampai lagi.
Biasanya bila sebut taman tema ni, mesti orang akan cakap Universal Studio Singapore tu dah best gila tutt dah. Tapi, kalau korang nak lari dari cliché, apa kata cuba 5 taman tema yang ada di Asia Tenggara ini selain Universal Studio Singapore.
#1. Siam Amazing Park, Bangkok, Thailand
Beroperasi sejak 1980, Siam Amazing Park ini dahulunya dikenali sebagai Siam Park City atau Suansiam. Ia merupakan taman tema dan taman tema air tertua di Asia Tenggara. Walaupun statusnya ‘paling tua’ tarikan dan ride di taman ini sangat updated ye.
Ada 5 zone berbeza iaitu; Water Park, X-Zone, Family World, Fantasy World dan Small World. Kalau nak tahu, Water Zone di taman tema ini mempunyai Guinness World Records untuk wave pool dia. Terbesar di dunia dan dianugerahkan pada 2009.
Tarikan utama disini adalah Boomerang, Vortex dan The Enterprise.
Waktu Operasi : 10 pagi – 6 petang.
Harga : 900 THB (RM 125) dewasa | 750 THB (RM 103) kanak – kanak
#2. Cartoon Network Amazone, Na Chom Thian, Thailand
Taman tema Cartoon Network ini didedikasikan kepada peminat kartun dalam rangkaian Cartoon Network seperti Powerpuff Girl, We Bare Bears dan banyak lagi.
Selain pelbagai permainan yang sesuai untuk peringkat umur, apa yang menarik di sini adalah watak – water kartun akan sentiasa berada di taman tema untuk menghiburkan pengunjung.
Jangan tertipu dengan watak comel kartun disini ye, sebabnya ada juga bebepara permainan yang agak mencabar dan meningkatkan adrenalin seperti Humungaslide, Goop Loop dan lain – lain.
Waktu operasi; 10 pagi – 6 petang.
Harga : THB 1890 (RM262) dewasa | THB 1290 (RM178) kanak – kanak
#3. Dream World, Bueng Yitho, Thailand
Terletak di wilayah Pathumthani, Dream World mempunyai banyak tarikan menarik dan salah satu daripadanya adalah Snow Town yang merupakan satu-satunya ‘bandar salji’ di Thailand.
Secara keseluruhan, ada lebih daripada 40 permainan untuk pengunjung selain banyak spot yang cantik untuk mereka yang suka bergambar.
Waktu operasi; 10 pagi 5 petang hari biasa | 10 pagi – 7 malam hari minggu
Harga : THB 1110 (RM154)
#4. Enchanted Kingdom, Manila, Philippines
Tertelak di bahagian selatan Manila, Enchanted Kingdom di Santo Rosa, Laguna ini merupakan taman tema paling popular di Filipina.
Tarikan yang disediakan termasuklah pelbagai permainan yang agak thrill, motion theatre dan lain – lain.
Tarikan popular : Air Race, Disk – o – Magic dan Space Shuttle
Waktu operasi; 12 tengah hari 7 malam pada hari biasa | 11 pagi – 9 malam hari minggu.
Harga : PHP 800 (RM65) hari biasa | PHP 900 (RM74) hari minggu
#5. Suoi Tien Theme Park, Ho Chi Minh, Vietnam
Dalam banyak – banyak taman tema, ini boleh dikatakan lain sikit. Ia membawakan tema ‘Bhuddist’ dan ia diinspirasikan oleh kebudayaan Vietnam dan cerita – cerita hikayat di Vietnam. Ini korang boleh nampak pada patung serta motif yang ada di sekitar taman tema ini.
Walaupun bukan macam taman tema lain, ia tetap mempunyai tarikan dan permainan yang menarik. Jangan terkejut ye, korang boleh bagi makan buaya juga disini.
Waktu operasi : 8 pagi – 6 petang
Harga : VND 50,000 (RM9) untuk dewasa | VND 25,000 (RM4.50) untuk kanak - kanak
Sumber : https://rileklah.com
|
|