CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 983|Reply: 0

[Sabah] 2 Premis Diserbu Tawar Barang Halal Diragui

[Copy link]
Post time 24-3-2021 09:32 AM | Show all posts |Read mode


Berita Harian

Mohamed Farid Noh
[email protected]

KUDAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu dua premis di daerah ini yang dipercayai mengelirukan pengguna berkaitan logo halal, semalam.

Operasi yang bermula kira-kira jam 10 pagi itu turut disertai anggota Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Kudat, Pejabat Kesihatan Kawasan Kudat dan Lembaga Bandaran Kudat (LBK).

Ketua Cawangan KPDNHEP Kudat, Geoffrey Gumalang, berkata kes pertama membabitkan sebuah restoran yang membekalkan makanan dengan membuat reprentasi atau perbuatan yang mengelirukan bahawa makanan yang dibekalkan adalah halal atau boleh dimakan oleh orang Islam.

"Walhal ia tidak diperakukan demikian oleh pihak berkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

"Bagi kes kedua membabitkan sebuah pasar raya yang didapati menjual barang makanan yang diimport dari China yang diperihalkan sebagai halal.

"Namun hasil pemeriksaan barangan itu tidak mendapati sebarang perakuan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Geoffrey berkata, barangan berkaitan kes berkenaan turut disita untuk siasatan lanjut dianggarkan bernilai RM1,148.10.

"Kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.037697 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list