Rafiuddin Bakar, 38, penjual pakaian di pasar Sebuyau menyatakan dia berasa lega kerana akhirnya Jambatan Batang Lupar dibina dan apabila siap nanti ia sudah tentu akan memendBeliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pelaksanaan projek Jambatan Batang Lupar dengan berlangsungnya majlis pecah tanah projek itu yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam.ekkan jarak perjalanan mereka untuk pergi dan balik ke Maludam.
Katanya penduduk di sini terpaksa berbaris panjang setiap kali mahu menggunakan perkhidmatan feri menyeberangi muara Batang Lupar sambil menambah, keadaan lebih teruk ketika musim perayaan.
Rafiuddin yang berasal dari Kampung Baru di sini, berkata pembinaan jambatan itu merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak membantu penduduk di Sebuyau serta kawasan sekitarnya yang memilih menggunakan jalan pesisir untuk ke destinasi masing-masing dengan lebih cepat.
“Pembinaan jambatan ini juga akan membawa manfaat kepada peniaga di sini kerana kami dapat mempromosikan produk-produk tempatan seperti (ikan) terubuk, ikan masin dan obor-obor seterusnya meningkatkan pendapatan kami,” katanya ketika ditemui semalam.
Entia Mail, 65, dari Kampung Bujong di sini, juga sependapat dengan Rafiuddin sambil menambah, jambatan itu apabila siap akan memudahkan perjalanan penduduk ke seberang sungai.
“Jika ada penduduk yang sakit dan memerlukan rawatan kecemasan ambulans tidak boleh menggunakan feri untuk menyeberangi muara Sungai Batang Lupar kerana ia mengambil masa berjam-jam sebelum ambulans dapat menaiki feri.
“Apabila siap nanti, keselamatan pengguna lebih terjamin terutama mereka yang memerlukan rawatan segera. Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana membina Jambatan Batang Lupar,” tambahnya.
berita penuh baca kat utusan borneo yer
kredit:utusanborneo 23/3/2021