|
Terima kasih atas respon baik dari kawan kawan tadi pada posting saya yg sebelum ni. Appreciate it !
Ok, tadi, saje je lah saya tanya adik, "kalau adik nikah terus, tak payah tunang. adik nak tak?" . Then, respon dia , "boleh ke akak?"
Namoak sangat sebenarnya, dia taknak pun lalui fasa bertunang ni. dia nak nikah terus. Kalau boleh, bagi dia, tak ada tunang tunang.
jadi, untuk tak berlaku kejadian last minit cancel majlis tunang, saya dapatkan ibu. Ibu pun dah faham kenapa dengan adik saya tu. Yelah, semakin dah nak tiba hari pertunangan, dia nampak tak semangat, murung, tiba tiba dia kata kat saya ibu ayah dah marah dia. Padahal, ibu bagitahu ayah pun belum. macam mana pulak dia boleh kata diorang dah marah adik saya sebab nak nikah terus. taknak tunang.
Dia memang ada overthinking yg melebihi had, dam dia ada anxiety juga. Kitorang daj sehabis baik positif dengan dia. tapi yelah, manusia kan. sabar pun ada had.
tapi selepas tu, ibu bagitahu ayah. Ayah pun nampak tenang. Ayah siap cakap, kalau mcm tu yang adik nak, tunang ni teruskan saja sebab dah tempah makanan untuk pihak lelaki dtg. selepas sebulan tunang, nikah pula. sanding nanti bulan 8.
Ayah orangnya jenis faham situasi orang. Soal menantu pun dia tak kisah aasalkan jaga solat, boleh jaga anak anak dia dgn baik, walaupun menantu lelaki kerja tak sehebat mana. Tapi adik saya punya overthinking, masya allah.
Siap ada yang kata suruh mandi bunga sebab takut terkena badi !
|
|