CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 907|Reply: 0

[Sarawak] Covid 19 02/04/2021

[Copy link]
Post time 2-4-2021 11:43 PM | Show all posts |Read mode
COVID-19: Dua lagi kematian, 217 kes baharu di SarawakKUCHING: Sarawak merekodkan dua lagi kematian akibat COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian 112 orang.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan hari ini berkata, kes kematian ke-111 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berusia 51 tahun yang telah dirujuk ke unit kecemasan Hospital Bintulu kerana mengalami sesak nafas.
“Keputusan ujian saringan rT-PCR COVID-19 adalah positif pada 1 April 2021. Keadaan kesihatan kes merosot dan disahkan meninggal dunia pada hari yang sama,” katanya sambil menambah, kes mempunyai ko-morbid penyakit buah pinggang tahap akhir, kencing manis, darah tinggi dan penyakit hati.
Kes kematian ke-112 katanya, merupakan kes ke-11,466 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berusia 79 tahun yang telah dimasukkan ke pusat kuarantin.
“Ujian saringan kontak rapat dengan ujian rT-PCR adalah positif pada 8 Mac 2021. Kes telah mendapat rawatan di Hospital Sibu namun keadaan kesihatan kes merosot sebelum disahkan meninggal dunia pada 2 April 2021. Kes juga mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan dislipidemia,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, JPBNS berkata Sarawak turut mencatatkan 217 kes baharu positif COVID-19, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 16,845 kes.
Menurutnya, Bintulu merekodkan kes tertinggi dengan 74 kes diikuti Sibu (46), Miri (30), Kuching (28), Julau (10), Meradong (5), Samarahan (5), Mukah (3), Saratok (3), Serian (2), Beluru (2), Kanowit (2), Marudi (2), Matu (2), Betong (1), Sarikei (1) dan Lubok Antu (1).

kredit : utusanborneo 02/04/2021


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.120957 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list