Seorang pengantin lelaki di daerah Lengkong, wilayah Jawa Timur, Indonesia mengejutkan netizen apabila dia duduk di pelamin dengan hanya memakai seluar pendek manakala terdapat plaster luka pada badannya, lapor portal be-rita Kompas.com semalam.
Gambar tular di Twitter itu menunjukkan pengantin lelaki berkaki ayam duduk tersenyum di atas pe-lamin. Tangan kirinya dibaluti kain anduh dan terdapat plaster luka agak besar pada bahu kirinya.
PENGANTIN lelaki kelihatan tersenyum di samping isterinya walaupun tidak tampil bergaya pada hari persandingannya. – TWITTER/DOK.ELINDA DWI K
Kesan luka yang hampir sembuh turut jelas kelihatan di sekitar lutut, betis dan lengan kanan lelaki itu.
Menurut pengantin perempuan, Elinda Dwi Kristiani, suaminya terjatuh daripada motosikal empat hari sebelum majlis perkahwinan mereka yang berlangsung semalam.
“Suami tidak boleh mengenakan baju pengantin kerana baru menjalani prosedur pembedahan pada bahunya. Dia baru saja keluar dari hospital,” katanya ketika dihubungi.
Elinda berkata, pada hari kejadian, suaminya dalam perjalanan membeli petrol sebelum pengsan secara tiba-tiba menyebabkan dia terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya.
“Kemalangan tidak melibatkan sesiapa hanya diri sendiri. “Alhamdulillah (pernikahan berjalan) lancar,” jelasnya.
Walaupun tidak nampak se-gak dan bergaya, pengantin itu menerima pujian netizen yang menyifatkannya sebagai lelaki bertanggungjawab.
“Hebat kerana jujur dan bertanggungjawab kepada majlis dan keluarga,” komen seorang pengguna.
“Mungkin ini disebut menikah kerana kemalangan,” gurau seorang lagi.
Sumber: Kosmo! |