View: 9952|Reply: 51
|
[Tempatan]
Makin melampau, satu lagi iklan judi online Aidilfitri tular
[Copy link]
|
|
Makin melampau, satu lagi iklan judi online Aidilfitri tular
2021-04-17
Admin
BELUMPUN reda kemahrahan umat Islam terhadap iklan judi dalam talian oleh Gbet333 semalam, kini tular pula video sama dipercayai membabitkan syarikat perjudian lain.
Video iklan Aidilfitri berdurasi 3 minit 19 saat itu dikeluarkan oleh syarikat IBC003, yang menggalakkan umat Islam menggunakan perkhidmatan judi untuk meraih wang berganda bagi menyambut lebaran.
Menggunakan konsep yang sama seperti iklan Gbet333, video bertajuk ‘IBC003 Hari Raya Berkaya’ itu juga menggunakan khidmat pelakon beragama Islam yang lengkap berbaju kurung dan Melayu, dengan berlatarbelakangkan suasana Aidilfitri.
Antara bait lirik dalam video iklan berkenaan:
“Bersama kita raikan bila ada kemenangan IBC003, hari raya bahagia.
“Aku juga pun mau IBC003 juga, manalah tau berjaya, Hari Raya kita kaya.”
Difahamkan, video iklan judi online terbaharu itu tular di laman sosial Facebook dan Youtube sejak pagi tadi, menambah lagi kemarahan umat Islam.
Malah, pengguna media sosial menyifatkan syarikat perjudian di Malaysia semakin melampau kerana terbuka menghina kesucian Islam dan bulan Ramadan.
Hariz Yusof meninggal komen meminta semua yang terlibat ini ditangkap. “Kasi raya di lokap je semua yang terlibat,” katanya.
Sementara, Zain Azraii Abd Manaf, meminta pengguna media sosial terutama umat Islam supaya tidak berkongsi iklan berkenaan di mana-mana platform. “Jangan share, target dia memang nak orang share benda-benda ni. Seorang share boleh beribu orang tengok, kalau beribu share dah dapatlah target mereka. Kalau boleh block,” katanya.
Semalam, tular video iklan berjudul ‘GDBet333 Hari Raya’ yang mempromosi umat Islam menggunakan perkhidmatan judi dalam talian untuk mendapatkan wang untuk pulang beraya.
Susulan itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumka lapan individu yang terbabit dalam pembikinan iklan raya mempromosikan judi dalam talian ditahan semalam.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, individu yang ditahan adalah lima lelaki dan tiga wanita dipercayai pelakon, ejen artis, jurukamera, dan produser video berkenaan.
“Semua individu yang ditangkap mengaku menerima bayaran bagi pembikinan penggambaran video berkenaan yang diadakan di dua lokasi iaitu di Ampang dan Hulu Langat pada 13 Mac.
“Setakat ini, polis menerima 38 laporan polis yang dibuat berkaitan dengan video berkenaan susulan daripada siasatan dijalankan,” katanya.
–Malaysiapost
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Makin melampau! Tular satu lagi iklan raya promosi judi
Video ‘IBC003 Hari Raya Berkaya’ dikecam netizen terbuka hina Islam
Athirah Huda Zalhe
BANGI, 5 Ramadan 1442H, Sabtu – Tatkala rakyat masih marah dengan iklan Aidilfitri versi mempromosi judi oleh Gbet333 baru-baru ini, tular pula video sama dipercayai membabitkan operator perjudian lain.
Terkini, video bertemakan Hari Raya Aidilfitri berdurasi lebih tiga minit dikeluarkan oleh IBC003, bagi mengajak orang ramai menggunakan perkhidmatan mereka untuk meraih wang berganda.
Sama seperti iklan yang disiarkan Gbet333, video bertajuk ‘IBC003 Hari Raya Berkaya’ itu juga menggunakan khidmat pelakon beragama Islam yang lengkap berbaju kurung dan Melayu, dengan berlatarbelakangkan suasana beraya di kampung.
“Bersama kita raikan bila ada kemenangan IBC003, hari raya bahagia,” demikian antara bait-bait lirik yang terdapat dalam video berkenaan.
Video terbaharu itu nyata menambah lagi kemarahan pengguna media sosial yang menyifatkan operator perjudian di Malaysia semakin melampau kerana terbuka menghina Islam.
“Sama idea, konsep dengan yang Gbet333. Mesti krew produksi sama,” dakwa Adam Azrul.
“Jangan share, target dia memang nak orang share benda-benda ni. Seorang share boleh beribu orang tengok, kalau beribu share dah dapatlah target mereka. Kalau boleh block,” tegas Zain Azraii Abd Manaf.
“Harap pihak berwajib ambil tindakan dengan segera,” saran Wardina Safiyah.
Sebelum ini, tular klip video berjudul ‘GDBet333 Hari Raya’ yang tampil mengajak orang ramai menggunakan servis judi untuk meraih wang berganda.
Bagaimanapun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dilaporkan telah meminta penyedia platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan YouTube agar menurunkan iklan yang mengajak umat Islam di negara ini berjudi bagi mendapatkan duit balik kampung sempena Aidilfitri. |
|
|
|
|
|
|
|
Geng iban mana lah ni belakon melayu. Lagu ni catchy..habislah budak2 sekolah buat lagu raya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Acryl Sani arah pegawai kesan video judi raya terbaharu
Dikemaskini pada 17, Apr 2021
17 APRIL : Polis Diraja Malaysia (PDRM), sudah mengarahkan pegawainya untuk mengesan sekiranya wujud klip video lain mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian, berkonsepkan iklan hari raya.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pihaknya sudah mengambil maklum mengenai kemunculan iklan seumpama itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Kami sudah maklum mengenainya (kemunculan klip video) dan sedang mengesan mereka yang terbabit.
“Saya mengarahkan pegawai untuk mengesan jika ada lagi klip video lain yang serupa,” katanya kepada PNBBC Portal, hari ini.
Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani
Beliau diminta mengulas klip video berjodol IBC003 Hari Raya Berkaya yang menonjolkan iklan perjudian melalui hiburan sama seperti klip video GDBet333 yang tular semalam.
Acryl Sani berkata, beliau tidak menolak kemungkinan kemunculan klip video terbabit adalah trend terbaharu digunakan sindiket bagi mempromosikan kegiatan perjudian dalam talian.
Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana individu yang terlibat dalam apa juga video berkaitan promosi judi Hari Raya; sama ada video itu sudah disebar atau tidak, segera menyerah diri.
Sementara itu, belum pun reda isu penularan iklan hari raya mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian membabitkan pelakon beragama Islam, semalam, satu lagi klip video mengetengahkan konsep sama muncul di media sosial, hari ini.
Kemunculan iklan dalam bentuk klip video berdurasi tiga minit 19 saat itu, bertajuk IBC 003 Hari Raya Berkaya memaparkan watak lelaki yang berada di kawasan lain dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki motosikal untuk meraikan hari raya.
Dalam iklan terbabit, dia pada awalnya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada wanita dipercayai isterinya bertanyakan bila dia akan pulang ke rumah kerana hari raya hampir tiba dan mereka perlu melakukan persiapan meraikannya.
Namun, dalam perjalanan, motosikal dinaikinya rosak dan ketika dia singgah di sebuah bengkel untuk membaikinya, kenderaan itu dilarikan dua lelaki, menyebabkan dia terpaksa berjalan kaki ke rumah dan duduk berehat di tangga sebuah jambatan, secara tiba-tiba, menerima SMS di telefon bimbitnya yang menawarkan aktiviti perjudian dalam talian dengan habuan wang lumayan.
Berdasarkan klip video itu, iklan terbabit dipercayai dikeluarkan sebuah syarikat judi dalam talian berkenaan mengajak orang ramai menggunakan perkhidmatannya untuk meraih wang berganda.
Antara bait lirik yang dipaparkan bersama lagu menerusi iklan terbabit adalah ‘oh diri sedang mencuba di IBC003, aku pun mahu juga IBC003, manalah tahu berjaya, hari raya kita kaya, bersama kita raikan, bila ada kemenangan IBC003, hari raya bahagia’
Lebih memalukan, klip video itu dilakonkan individu beragama Islam lengkap berbaju Melayu dan Kurung.
Klip video itu diakhiri dengan kegembiraan suami tadi kerana boleh tiba di rumah selepas menggunakan wang dimenangi menerusi aktiviti perjudian disertainya itu sambil membelikan hadiah dan pakaian baharu untuk isterinya.
Lelaki terbabit kemudian menceritakan kepada isterinya mengenai tawaran aktiviti perjudian dalam talian disertainya itu sambil kedua-duanya ketawa riang.
Hasil carian di laman berkenaan hari ini mendapati iklan asal terbabit dipercayai sudah dipadamkan kerana melanggar garis panduan komuniti YouTube, namun terdapat bebeberapa individu memuat naik semula klip video berkenaan di laman sosial berkenaan menyebabkannya sehingga kini masih boleh ditonton.
Namun, tidak dapat dipastikan klip video terbaru itu dihasilkan, disiarkan dan dipromosikan syarikat sama seperti iklan tular semalam. –Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terdesak nak duit katanya....
|
|
|
|
|
|
|
|
Kann betul.. baru je aku komen td |
|
|
|
|
|
|
|
ha ha ha...
|
|
|
|
|
|
|
|
pandai dorang pilih lagu sedap2 buat iklan benda haram |
|
|
|
|
|
|
|
pulak dah omg... entah2 memang tiap2 tahun deorang buat iklan ni cuma tak viral je... time ni je viral... ujung2 pelakon yang kena... syarikat judi tu beroperasi seperti biasa dan ada la bayar sikit2 pelindungan... agittew |
|
|
|
|
|
|
|
satu je iols nak tanya... apesal lagu2 syarikat judi raya ni lagi sedap dari penyanyi2 baru buat?
katanya bayaran ciput, tapi lagu catchy kemain... |
|
|
|
|
|
|
|
Haah la..lagu raya dorang apsal sedap?
Suara penyanyi laki pun kemain merdu. Hahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
user.name: JJTlnPAq3_I
Knp post sini... Xperlu post dik. Mkayakan pihak musuh islam |
|
|
|
|
|
|
|
Iols rasa yg nyanyi ni mesti penyanyi kelab/pub. Itu yg sedap suaranya. |
|
|
|
|
|
|
|
user.name replied at 17-4-2021 01:16 PM
Acryl Sani arah pegawai kesan video judi raya terbaharu
Dikemaskini pada 17, Apr 2021
Timbalan KPN...
hello...pergi la trace syarikat judi tu...stakat nk trace produksi dgn pelakon buat ape...
Kan dh terang2 nama judi online tuu...Kata PDRM ada unit IT ape semuaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
kosong kosong tiga kosong kosong tiga kosong kosong tiga kosong kosong tigaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Bwh PNtek ni judi pun dah jadi patuh shariah ke. |
|
|
|
|
|
|
|
Meriah sungguh..la ni siap ada iklan judi raya bagai..maklumla cabutan judi dah naik dari 8x zaman Dap ke 22x zaman kjaan isle pas.takbirrr!!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|