CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1867|Reply: 5

4 Perkataan Inggeris Yang Boleh Disalahertikan

[Copy link]
Post time 19-5-2021 09:30 PM | Show all posts |Read mode
4 Perkataan Inggeris Yang Boleh Disalahertikan




Dalam tatabahasa Inggeris, satu perkataan sememangnya mampu membawa pelbagai makna serentak yang mana perlu digunakan bergantung kepada situasi yang dikategorikan sebagai ‘homograf‘.

Berikut adalah empat perkataan Inggeris yang boleh mebawa pelbagai maksud:

1.Bat



Perkataan Inggeris ‘bat‘ merujuk kepada kelawar yang juga boleh disalahertikan kepada kayu pemukul sukan besbol. Malahan ‘bat’ juga boleh digunakan untuk menjelaskan perbuatan melirik mata apabila tertarik kepada seseorang melalui frasa ‘batting my eyes‘.

2. Fair



Perkataan ‘fair‘ boleh membawa pelbagai maksud walaupun ejaannya serupa. Bagi kanak-kanak generasi dulu, ‘Fun Fair‘ adalah peluang mereka untuk bersuka ria untuk mencuba pelbagai jenis mainan. Namun begitu, iklan-iklan banyak memaparkan perkataan ‘fair skin‘ merujuk kepada memiliki kulit wajah yang putih.

3. Fine



‘Fine‘ turut membawa beberapa makna berlainan yang mana boleh mewakili kehalusan atau tahap kualiti sesuatu produk atau kraf. Selain itu, ‘fine‘ merujuk kepada sesuatu yang halus seperti mi, bihun atau ‘finely chopped meat‘ yang bermakna daging yang dicincang halus.

‘Fine‘ juga boleh digunakan apabila seseorang menggambarkan perasaan atau keadaan dirinya ketika itu seperti ‘I am fine‘. Malahan ‘fine‘ boleh digunakan bagi merujuk saman atau denda.

4. Row


Masih ingatkan anda lagu kanak-kanak yang bertajuk ‘Row Row Row Your Boat‘? Perkataan ‘row‘ dalam lagu tersebut mewakili perbuatan mendayung sampan. ‘Row‘ juga boleh merujuk kepada corak barisan yang ada seperti ‘a row of books‘ atau ‘that row of shopshouses‘.

Selain itu, ‘row’ juga membawa makna pertengkaran yang berlaku di antara dua atau lebih individu, sebagai contoh ‘ I had a row today with my husband!‘.

Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2021 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Gay- happy
Gay-lgbtq

Kind-baik
Kind-jenis

Saw-gergaji
Saw-past tense see

Shell-stesen minyak
Shell-kulit kerang2an.. hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Garage - Ruang bertutup simpan kereta

Gereh - sleng kelantan utk ruang bertutup simpan kereta


Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 09:42 PM | Show all posts
Tak boleh kata salah erti.
Lebih kepada satu perkataan membawa pelbagai maksud. Dan bukan 4 ni je. Ada lagi banyak yang lain.

Bahasa Melayu pun ada juga.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
BITCH.......
Anjin betina
Penyondol
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 08:50 AM | Show all posts
Current-Arus
Current-semasa

Jam-jem makan
Jam-jalan jem

Pool-kolam
Pool-snooker

Mine-saya punya
Mine-periuk api
Mine-lombong

Season-perisa makanan(seasoning)
Season-musim

Novel-buku cerita
Novel-benda baru (contoh corona virus ialah novel)

Hatch-menetas
Hatch-tempat buka (mcm baby hatch)

Arm-lengan
Aem-senjata

Bnyk lg mls nak tulis..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.056787 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list