Pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz yang tiba di Kompleks Mahkamah Seremban kira-kira jam 8.50 pagi tadi bagi berdepan dua pertuduhan mengaku tidak bersalah gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 2 Mei lalu.
Kredit foto: Berita Harian
Mereka didakwa tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk 'check in' atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam.
Berita Harian melaporkan, mahkamah membenarkan PU Riz diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua kesalahan manakala Neelofa diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan 4 Jun ini.
Sementara itu, kemarahan netizen yang meluap-luap terhadap keangkuhan Neelofa dan keluarganya yang berulang kali melanggar prosedur operasi standard (SOP) memuncak apabila mereka memulakan petisyen menuntut selebriti itu dipenjarakan.
Kredit foto: change.org
Petisyen bertajuk ‘Langgar SOP: Penjarakan Neelofa Segera’ itu didi laman change.org, itu juga mendesak pihak berkuasa dan kerajaan menghentikan amalan 'double standard'.
Petisyen itu turut menyenaraikan kesalahan dilakukan Neelofa dan keluarganya antaranya adalah majlis perkahwinan selebriti itu dengan pendakwah bebas Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, berbulan madu di Langkawi, rentas negeri ke Nilai 3 dan berkumpul sekeluarga menyambut Aidilfitri.
Kredit foto: change.org
Sehingga artikel ini ditulis, lebih 20,000 tanda tangan sudah dikumpulkan. Anda rasa ramai yang puas hati dengan pengakhirannya nanti? - CARI |