Seorang lelaki mencetuskan kemarahan orang ramai selepas tular gambarnya 'menunggang' seekor buaya seperti papan luncur, di sebatang sungai di Australia.
Foto tersebut menunjukkan lelaki tersebut yang hanya berkaki ayam, berjaya mengikat tali di bahagian mulut haiwan reptilia itu, sebelum membuat pergerakan di sungai yang keruh.
Kredit foto: Reddit
Menerusi gambar itu juga, dia kelihatan sukar untuk mengimbangi di atas buaya, sambil diperhatikan oleh rakan-rakannya dari bot berdekatan.
Pada mulanya foto berkenaan dimuat naik di laman sosial Reddit, dengan kapsyen yang mendakwa ia merupakan "gambar 'paling Australia' yang saya ada".
Bagaimanapun, gambar tersebut membangkitkan kemarahan organisasi yang membela hak haiwan, People for the Ethical Treatment of Animals (PETA).
Menurut PETA yang mengecam tindakan itu bahawa lelaki berkenaan hanya mahu mencari perhatian, lapor India Times.
"Haiwan bukan untuk dijadikan papan luncur," kata jurucakap PETA, Emily Rice.