"Hati saya hancur ketika membaca berita tentang apa yang berlaku di Palestin. Saya tidak dapat tidur malam memikirkan apa lagi yang boleh saya lakukan."
Kredit foto: IG
Datin Vivy Yusof mengakui hatinya hancur hingga tidak dapat tidur setiap kali teringat penderitaan penduduk Palestin.
"Sebagai seorang ibu, melihat rakaman anak-anak di sana telah memukul saya dengan teruk," katanya dalam satu kenyataan semalam seperti dipetik dari MalaysiaGazette.
Sehubungan itu, selain memulakan kutipan dana melalui Viva Palestina Malaysia (VPM), Pengasas Bersama The dUCk Group itu kini aktif meningkatkan kesedaran mengenai penindasan terhadap Palestin di platformnya.
Kredit foto: IG
Berkongsi di Instagramnya, Vivy gembira memaklumkan dana kecemasan terkumpul kini mencecah RM1 juta.
Menurut MalaysiaGazette, kutipan dana melalui Viva Palestina Malaysia (VPM) yang ditubuhkan melalui Kitafund akan digunakan untuk memberi bantuan perubatan dan keperluan kritikal kepada penduduk Palestin.
Kredit foto: IG
Semoga segala urusan menyalurkan sumbangan kepada mereka yang terjejas di sana berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. - CARI |