CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7869|Reply: 28

Nynaa Harizal Bakal MengLangkawi bidang seni tanah air

[Copy link]
Post time 21-5-2021 08:53 AM | Show all posts |Read mode
Bakal gegar industri seni

  


Sejak kemunculannya menerusi beberapa drama seperti Hero Seorang Cinderella dan Kekasih Paksa Rela, Nynaa Harizal terus mencuri tumpuan peminat.

Tidak dinafikan dengan pakej sempurna yang ada padanya, Nynaa, 25, atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal mempunyai masa depan cerah dalam bidang seni tanah air.

Nynaa berkata, sepantas itu juga Instagram peribadinya menyaksikan pertambahan pengikut.

"Insya-Allah saya berjanji akan memberikan hasil terbaik dan sudah bersedia menggegarkan industri seni dengan lakonan mantap.

"Sebenarnya saya awalnya tak merancang pun nak bergelar pelakon. Saya bermula sebagai model ketika berusia 19 tahun.

"Selepas itu barulah saya berjinak-jinak dengan iklan komersial dan banyak terbabit dengan iklan syarikat komunikasi. Boleh dikatakan saya sudah buat hampir 50 iklan komersial," katanya.

Ternyata, penampilannya menerusi iklan mencuit hati beberapa produksi yang berminat menawarkannya berlakon.

"Namun prosesnya tidak mudah kerana saya tetap perlu menjalani sesi uji bakat dan selepas lulus barulah diterima berlakon drama Kekasih Paksa Rela dengan Remy Ishak.



"Bermula dari situlah saya terus diterima berlakon dan pernah bekerja di bawah arahan Osman Ali, Ahmad Idham, Michael Ang, Yusry Abdul Halim dan ramai lagi.

"Mereka ada gaya pengarahan berbeza sekali gus saya berpeluang menimba pengalaman baharu dalam lakonan," katanya.

Pelakon kelahiran Ampang, Selangor ini memulakan kerjaya hiburannya sejak 2017.

Dia kemudian terpilih sebagai salah seorang peserta Dewi Remaja 2019 dan berjaya menduduki tempat ketiga.

"Saya berlakon sambil belajar kerana ketika itu sedang menuntut dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan Universiti Kolej KDU.



"Saya seimbangkan kedua-duanya dan syukur berjaya capai apa yang diminati. Selepas itu, barulah saya sertai Dewi Remaja. Mengenai lakonan pula, saya sudah mencuba pelbagai watak sama ada watak utama mahupun pembantu. Drama yang belum ditayangkan pun masih banyak," katanya.

Walaupun tidak merancang bergelar pelakon, Nynaa mengakui sering meniru dan menggayakan watak-watak idolanya di depan cermin ketika kanak-kanak.

"Waktu di sekolah menengah, saya kerap sertai pertandingan koir, coral speaking dan menyanyi. Ini antara kelebihan yang saya ada.

"Tak sangka saya akhirnya masuk dalam bidang lakonan. Setakat ini saya sudah berlakon empat filem dan yang terbaharu adalah Sumpahan Syaitan dan Maharaja Bomoh.

"Kedua-duanya menampilkan saya sebagai heroin. Dalam Sumpahan Syaitan, saya berlakon dengan Farid Kamil. Sekiranya tiada halangan, ia akan ditayangkan pada tahun ini juga," katanya yang kini diuruskan oleh Iman Tang.

Menjangkau lima tahun pembabitan dalam bidang seni, Nynaa mahu terus belajar untuk memantapkan lakonannya.



"Saya masih baharu dan anggap tahun ini permulaan buat saya untuk menyinar. Banyak lagi yang perlu saya belajar.

"Saya juga bersyukur mempunyai teman lelaki yang memahami dan tidak menghalang karier saya. Bohonglah jika dikatakan kami tiada perancangan untuk kahwin tapi saya lebih suka ikut arus.

"Dalam masa sama, saya tidak menafikan ada yang cuba-cuba nak pikat saya ketika berlakon tapi prinsip saya bekerja bukan untuk bercinta. Keluarga pun tak setuju saya buat demikian. Kalau bercinta sekadar untuk menghayati lakonan okeylah," katanya.

Drama-drama lain lakonan Nynaa ialah Terkoyak Langit Cinta, Kembalikan Sinarnya, Isteri Bukan Untuk Disewa dan Cinta Tanpa Henti.

Dia juga pernah membintangi filem Mak dan Town Mall.

Sumber:https://www.hmetro.com.my


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2021 09:18 AM | Show all posts
Rasanya dia bukanlah penyanyi pada asalnya, sama dengan Janna Nick, Fathia Latif, Aiman Hakim dan Nazim Othman. Suka lagi penyanyi yang asalnya penyanyi macam Elly Mazlein..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak kenal tp cantik
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 09:44 AM | Show all posts

Nynaa Dah Sedia Nak Gegar Industri Seni

Sejak kemunculannya menerusi beberapa drama seperti Hero Seorang Cinderella dan Kekasih Paksa Rela, Nynaa Harizal terus mencuri tumpuan peminat.


Tidak dinafikan dengan pakej sempurna yang ada padanya, Nynaa, 25, atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal mempunyai masa depan cerah dalam bidang seni tanah air.


Nynaa berkata, sepantas itu juga Instagram peribadinya menyaksikan pertambahan pengikut.


Foto: IG




"Insya-Allah saya berjanji akan memberikan hasil terbaik dan sudah bersedia menggegarkan industri seni dengan lakonan mantap.


"Sebenarnya saya awalnya tak merancang pun nak bergelar pelakon. Saya bermula sebagai model ketika berusia 19 tahun.


"Selepas itu barulah saya berjinak-jinak dengan iklan komersial dan banyak terbabit dengan iklan syarikat komunikasi. Boleh dikatakan saya sudah buat hampir 50 iklan komersial," katanya.


Ternyata, penampilannya menerusi iklan mencuit hati beberapa produksi yang berminat menawarkannya berlakon.




  



"Namun prosesnya tidak mudah kerana saya tetap perlu menjalani sesi uji bakat dan selepas lulus barulah diterima berlakon drama Kekasih Paksa Rela dengan Remy Ishak.


"Bermula dari situlah saya terus diterima berlakon dan pernah bekerja di bawah arahan Osman Ali, Ahmad Idham, Michael Ang, Yusry Abdul Halim dan ramai lagi.


"Mereka ada gaya pengarahan berbeza sekali gus saya berpeluang menimba pengalaman baharu dalam lakonan," katanya.


Pelakon kelahiran Ampang, Selangor ini memulakan kerjaya hiburannya sejak 2017.




  



Dia kemudian terpilih sebagai salah seorang peserta Dewi Remaja 2019 dan berjaya menduduki tempat ketiga.


"Saya berlakon sambil belajar kerana ketika itu sedang menuntut dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan Universiti Kolej KDU.


"Saya seimbangkan kedua-duanya dan syukur berjaya capai apa yang diminati. Selepas itu, barulah saya sertai Dewi Remaja. Mengenai lakonan pula, saya sudah mencuba pelbagai watak sama ada watak utama mahupun pembantu. Drama yang belum ditayangkan pun masih banyak," katanya.


Walaupun tidak merancang bergelar pelakon, Nynaa mengakui sering meniru dan menggayakan watak-watak idolanya di depan cermin ketika kanak-kanak.


  



"Waktu di sekolah menengah, saya kerap sertai pertandingan koir, coral speaking dan menyanyi. Ini antara kelebihan yang saya ada.


"Tak sangka saya akhirnya masuk dalam bidang lakonan. Setakat ini saya sudah berlakon empat filem dan yang terbaharu adalah Sumpahan Syaitan dan Maharaja Bomoh.


"Kedua-duanya menampilkan saya sebagai heroin. Dalam Sumpahan Syaitan, saya berlakon dengan Farid Kamil. Sekiranya tiada halangan, ia akan ditayangkan pada tahun ini juga," katanya yang kini diuruskan oleh Iman Tang.


Menjangkau lima tahun pembabitan dalam bidang seni, Nynaa mahu terus belajar untuk memantapkan lakonannya.


  



"Saya masih baharu dan anggap tahun ini permulaan buat saya untuk menyinar. Banyak lagi yang perlu saya belajar.


"Saya juga bersyukur mempunyai teman lelaki yang memahami dan tidak menghalang karier saya. Bohonglah jika dikatakan kami tiada perancangan untuk kahwin tapi saya lebih suka ikut arus.


"Dalam masa sama, saya tidak menafikan ada yang cuba-cuba nak pikat saya ketika berlakon tapi prinsip saya bekerja bukan untuk bercinta. Keluarga pun tak setuju saya buat demikian. Kalau bercinta sekadar untuk menghayati lakonan okeylah," katanya.


  



Drama-drama lain lakonan Nynaa ialah Terkoyak Langit Cinta, Kembalikan Sinarnya, Isteri Bukan Untuk Disewa dan Cinta Tanpa Henti.


Dia juga pernah membintangi filem Mak dan Town Mall. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 09:54 AM | Show all posts
Biasa tengok dia ni kat tv awesome one two hantu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
who are yus?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2021 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik.. Tp cantik je laa.. Die blakon beser2 je
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 10:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2021 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka dia mcm pelakonncite thailand tp tak igt yg mana satu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2021 10:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 11:07 AM | Show all posts
Selalu muka dia berlakon tapi kurang coverage.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawo budaknyerrr
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
CikNano replied at 21-5-2021 10:15 AM
Muka dia mcm pelakonncite thailand tp tak igt yg mana satu

davika tu kot..yg model pantene tu..mmg cantik
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik. Muka fresh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia cantik kalau x mekap tebal.  
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Jauh bertiang cantikk dr instafamous heroin bodyguard apekebende tu.tak paham ai citerasa bbnu zaman sekarang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2021 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik. Tapi masa berlakon drama dgn elizad dan aril zafril, mimik muka dia sama je bila marah ke sedih ke happy ke menengking ke kecewa ke, duk senyum sengih je memanjang. Ntah kenapa sampai sekarang aku ingat {:smile  nama watak tu hajar.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
CARI-MRO:   Sejak kemunculannya menerusi beberapa drama seperti Hero Seorang Cinderella dan Kekasih Paksa Rela, Nynaa Harizal terus mencuri tumpuan peminat.    T ...



Nak kena potong kredit ke hijack thread forummer? Dh dpt gaji jd wartawan cariforum duk hijack thread orang
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni ptt jadi dewi remaja sbb pemenang die paling sedih kot berbanding seniornya. Masalahnya die sombong kat ig. So sendu la dek oi. I perasan masa cite die kene gentel shah jezle. Gilalah shah jezle gentle abes bahu die. Tu yg cari nama die.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
rasa macam ingat ingat lupa la dewi remaja yang ni. tapi ingatla KRU production nak buat ala aka ANTM semua peserta kena duduk serumah then ada challenge & photoshoot semua.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.080333 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list