View: 5402|Reply: 71
|
Gara-gara 'Negara Taiwan', John Cena Mohon Maaf Kepada Rakyat China
[Copy link]
|
|
Bintang filem Amerika Syarikat (AS), John Cena membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat China selepas tersilap menyebut Taiwan adalah sebuah negara, lapor stesen televisyen CNN semalam.
Cena yang sedang giat mempromosi filem terbaharunya, Fast And Furious 9 (F9), membuat kesilapan itu ketika menghadiri temu bual bersama stesen televisyen Taiwan, TVBS.
Kredit foto: Al Jazeera
“Taiwan adalah negara pertama yang boleh menonton filem F9,” katanya dalam bahasa Mandarin.
Taiwan adalah sebuah pulau yang mengamalkan pentadbiran sendiri berteraskan sistem demokrasi tetapi China menganggap Taiwan wilayahnya. Beijing dan Taipei mengamalkan pemerintahan secara berasingan sejak perang saudara berakhir lebih 70 tahun lalu.
Cena mengemukakan permohonan maaf berhubung isu tersebut di laman Weibo kelmarin. Weibo merupakan platform media sosial mirip Twitter yang popular di China.
Membuat ucapan dalam bahasa Mandarin, Cena tidak lagi menyebut nama Taiwan atau membincangkan kejadian itu secara terperinci, namun berkata, dia menghadiri banyak temu bual dan melakukan kesalahan secara tidak sengaja.
“Saya mohon maaf atas kesilapan saya. Saya perlu menegaskan bahawa saya sangat hormat dan sayang China serta rakyatnya,” katanya.
Cena mempunyai ramai peminat di China, malah memiliki lebih 600,000 pengikut di Weibo dan video permintaan maaf itu telah mengumpulkan kira-kira 7,000 respons di platform berkenaan setakat ini.
Sebilangan netizen masih marah dengan kesilapan ucapan Cena dan menuduhnya tidak membuat persediaan secukupnya sebelum memberikan sebarang temu bual.
“Tolong katakan ‘Taiwan adalah sebahagian daripada China’ dalam bahasa Mandarin, jika tidak, kami tidak akan menerima permohonan maaf ini,” tulis seorang pengguna Weibo.
Sumber: Kosmo! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hebat mandarin dia..tapi geography fail cena ni |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun ingatkan taiwan negara |
|
|
|
|
|
|
|
takut china boikot f9 la tu |
|
|
|
|
|
|
|
taiwan tu memang nak merdeka dari china pun koh koh koh...
|
|
|
|
|
|
|
|
China sentap.. pdhl taiwan tu wujud lg awal kot dari negara komunis hanat covid 19 kau tuh |
|
|
|
|
|
|
|
bukat takat john cena, dgna aku2 pun still ingat tewan tu negara. |
|
|
|
|
|
|
|
Takut lettew kena boikot dgn leluhur. No ball la |
|
|
|
|
|
|
|
Ah China ni. Mentang besar, semua nak buli. Taiwan mmg negara pun. Ada kerajaan sendiri, matawang sendiri yg berbeza dgn China. Org Taiwan akan sebut diorang tu Taiwanese bukan Chinese. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu2 pun iols ingat Taiwan tu negara
Wo pu che tau |
|
|
|
|
|
|
|
Iols ingat hong kong, china & taiwan 3 negara berbeza |
|
|
|
|
|
|
|
user.name replied at 27-5-2021 02:15 PM
heloknya john cena
Helok tapi dia taknak anak,sanggup buat vasectomy, Nikkie bella pun cabut dah beranak dengan lain. |
|
|
|
|
|
|
|
taiwan dlm HK lgi ke cmner, aku pon fail jugak hehehe
|
|
|
|
|
|
|
| |
|