View: 1277|Reply: 6
|
Nak Tunjuk Kaya- Padah Panggang Babi Di Ekzos Lamborghini
[Copy link]
|
|
Beijing: Seorang pemuda di China yang juga pemilik Lamborghini menjadi terkenal sekelip mata selepas melakukan cubaan ekstrem iaitu memanggang daging babi pada ekzos kenderaan mewahnya itu.
Oddity Central melaporkan akibatnya pemuda itu menanggung kerugian kira-kira 500,000 yuan (kira-kira RM323,506) selepas keretanya itu mengalami kerosakan berpunca daripada kebocoran dan letupan tangki air.
Pemuda terbabit dan beberapa rakannya dikatakan berkumpul serta melakukan cubaan itu di sebuah sebuah garaj bawah tanah di Changsha, dekat wilayah Hunan.
Pemilik kereta mewah itu dan rakannya sepakat menggunakan ekzos kereta bagi memanggang daging berkenaan.
Pemuda itu menekan pedal kereta sekuat hati sementara rakannya duduk di belakang kereta bagi membakar daging pada ekzos.
Tekanan pedal yang melampau menjadikan kenderaan menjadi panas sebelum tangki air meletup dan asap putih keluar dari kenderaan berkenaan.
Penyejuk kereta dikatakan mula bocor dari bawah kenderaan, menyebabkan kumpulan lelaki berkenaan terpaksa beredar dari situ bagi menantikan asap itu hilang.
Meskipun begitu, pemilik kenderaan itu dan rakannya tidak kelihatan kecewa, sebaliknya masih boleh tersenyum dan ketawa ketika bersama-sama menolak kereta ke trak tunda.
Video itu menjadi tular di China minggu lalu dan mencetuskan kemarahan dalam kalangan orang ramai.
Mereka tidak senang dengan tindakan pemuda terbabit kerana dengan sengaja merosakkan kereta mewah.
Segelintir netizen turut melabelkan tindakan pemuda itu sebagai perbuatan tidak sihat ditunjukkan oleh kebanyakan generasi kedua yang dilahirkan dalam keluarga berada. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Kayangan level punya kebodohan |
|
|
|
|
|
|
|
Terpaling kaya..
|
|
|
|
|
|
|
|
pengotor btl, tak abis lagi nak sebar penyakit.. |
|
|
|
|
|
|
|
duit hasil scam orang malaysia kah? ataupun MLM guna ejen melayu sambil pakai skrip "ramai melayu belum join lagi ni elok ambik peluang cepat" |
|
|
|
|
|
|
| |
|