CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21191|Reply: 141

[UPDATE #120] Wow Diana Daniel tak Jelaous ke Mimi lana mengepeng di bahu Farid

[Copy link]
Post time 2-6-2021 05:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Raline at 4-6-2021 04:52 PM

Farid Kamil berdoa 'sejarah hitam' tak akan berulang


FARID Kamil bersama Mimi Lana dalam drama terbaru mereka berjudul Masih Ada Rindu.

Kuala Lumpur: Pelakon Farid Kamil, 40, yang disabitkan kesalahan menggunakan kekerasan jenayah serta mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis dengan niat untuk menghalangnya melakukan tugas dua tahun lalu menyerahkan perjalanan karier seninya pada ketentuan Allah.

  


Farid berkata, Allah lebih mengetahui baik buruk dan apa seterusnya yang akan terjadi kepadanya.

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur selepas pengalaman-pengalaman yang saya alami, secara tidak langsung memberi kematangan dalam hidup saya. Ia juga memberi satu rahmat berbeza yang tidak pernah saya rasa sebelum ini.

"Saya tidak pernah rasa takut untuk hidup. Saya tidak pernah rasa malu kerana saya tahu di mana saya berdiri. Kebenaran juga pasti akan wujud," katanya menerusi sidang media secara maya bagi mempromosi drama bersiri Masih Ada Rindu yang ditayangkan menerusi slot Akasia TV3 bermula, hari ini.

  


Ia turut disertai pengarahnya Osman Ali dan pelakon Dayang Areeda.

Drama terbitan Nuansa Sdn Bhd adaptasi daripada novel karya Mimie Afinie ini turut menampilkan lakonan Mimi Lana, Halim Radzi, Aishah Ilias, Fahmy Reza, Aleza Shadan, Rahim Jailani dan Kuna.

Farid yang dijatuhi hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 2 Jun tahun lalu mengakui tidak tertekan dengan apa yang berlaku.

"Saya tidak nampak apa-apa masalah kerana kalau saya keluar ke mana-mana pun masyarakat tetap melayan saya seperti biasa dan seperti dulu.

"Namun, saya juga bersedia untuk bersara pada bila-bila masa. Kalau tidak diperlukan lagi, apakan daya kerana sebagai seorang pelakon modal saya adalah kepada instrumen kita iaitu tubuh badan kita. Sekiranya tubuh badan tak mampu beri alunan atau getaran yang sama lagi, bermakna di situlah titik yang menjadi pemisah saya bersara ataupun tidak," katanya.

Menurutnya, jika terjadi ia bukanlah kerana tekanan masyarakat tetapi kerana dia sudah membintangi 60 filem dan hampir menyamai jumlah lakonan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

"Lagi enam filem saya akan menyamai P Ramlee. Sebagai hero filem di Malaysia, sejauh mana dia mampu bertahan adalah berbalik kepada rezeki masing-masing. Saya seorang yang reda dan terima ketentuan apa yang terjadi kepada saya serta apa yang akan terjadi selepas ini," katanya.

Mengulas kontroversi sebelum ini, Farid berkata, dia sentiasa berdoa supaya ia tidak akan berulang lagi. "Sudah tentu saya mengharapkan tidak berlaku lagi. Saya juga sentiasa berdoa agar kehidupan saya dijauhkan daripada orang-orang yang sebegitu lagi kerana rambut sama hitam hati lain-lain.

"Susah nak cakap tapi pengalaman ini sudah mengajar saya erti kehidupan yang sebenar," katanya.



Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2021 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama osman ali? Mcm best..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat ND kena sound dgn DD sbb menempel dgn FK
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Relevan lg ker farid ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia betul2 duk dlm penjara 13 bulan ke..tak ambik port plk bila masa dia masuk penjara. So skrg dh dpt title bekas banduan ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 06:05 PM | Show all posts
kenapa lah hero2 tua dan keding juga yang di ambil sekarang ni sedangkan ada banyak lagi ikan di lautan sana... baling je jala dah dapat pelbagai jenis. ikan nak2 mco ni takde sape nak pergi memukat...

kami dah bagitahu haritu kan kami nak pelakon yang herlokkk, muka ala2 kpop dan thai... kulit licin mulus samada by laser atau hari2 ambil wuduk...

lakonan kayu, pendek dan takde bakat pun takpe... janji herlokkk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2021 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
FK ni pelakon kroni osman ali ke.. Tgk la kayu ke x.. Drama yg fd dgn nelydia tu dulu kena kutuk kaw2 sbb fk berlakon acah malas dan kayu teramat.. Haha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2021 06:23 PM | Show all posts
MASIH TITLE DATO.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2021 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Nguap skala dewa... xdop sapa la berahi kat fk ni da la ade sejarah jenayah,title pun da kena tarik..harap dd xmeroyan la..dun worry k dd
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 06:40 PM | Show all posts
nampak kepam
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Potong stim betullah mamat ni jd hero..tak selera nk tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
weiii laaa..x sesuai dah farid kamil jadi hero skrg ni..kepam..senyum bukak mulut pun geli je nak tgk..jaga lah sikit penampilan..hero2 kat malaysia ni pun 1 hal, kang bising malaysia x macam Hollywood..kat Hollywood,tua pun leh jadi hero katanya...pdahal korang bekas2 hero malaysia ni pun x jaga penampilan
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Osman Ali ni yang suka buat scene-scene bermesraan over and kontroversi kan?

Oleh sebab ada Mimi Lana maka aku akan follow ahaha
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan cerita nobel ke ada tajuk ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedeh hero....40 an jd budak u konvo kot ye pon mekap la bagi nampak muda sikit
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
silampumeja replied at 2-6-2021 06:59 PM
Bukan cerita nobel ke ada tajuk ni

Mmg adaptasi novel pung. Slot Akasia ni mmg mostly adaptasi novel kot.. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2021 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kenan dek hero n heroin maka bolayan aje lah
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 2-6-2021 07:11 PM
Sedeh hero....40 an jd budak u konvo kot ye pon mekap la bagi nampak muda sikit

Kan. Spoil je tgk tadi
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak busuk jahh. Geli
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 2-6-2021 11:17 AM
Mmg adaptasi novel pung. Slot Akasia ni mmg mostly adaptasi novel kot.. hehe

Ha betullah tgkan jalan cerita tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.195505 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list