CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2126|Reply: 11

[Dunia] Harga tiket konsert RM4,126 buat peminat tidak divaksin, RM74.30 bagi peminat ya

[Copy link]
Post time 3-6-2021 08:57 AM | Show all posts |Read mode
Harga tiket konsert RM4,126 buat peminat tidak divaksin

https://www.kosmo.com.my/2021/06 ... ang-tidak-divaksin/

Oleh KOSMO!
2 Jun 2021, 7:45 pm


Peminat yang ingin menyaksikan persembahan Teenage Bottlerocket perlu membayar harga tiket berjumlah AS$18 (RM74.30) bagi yang telah divaksin dan AS$999.99 (RM4,126.65) bagi yang tidak divaksin. – Getty Images/Metro UK

ST PETERSBURG, FLORIDA – Penganjur sebuah konsert di Amerika Syarikat (AS) bertindak menjual tiket konsert pada harga AS$18 (RM74.30) bagi peminat yang divaksin manakala harga AS$999.99 (RM4,126.65) bagi pengunjung yang tidak divaksin, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Menurut penganjur konsert kumpulan rock punk, Teenage Bottlerocket itu, langkah tersebut diambil kerana golongan yang tidak mendapat suntikan vaksin akan menakutkan sebilangan besar pengunjung lain.

Menerusi laman jualan tiket yang akan mula dijual pada 26 Jun ini, penganjur menetapkan peminat yang ingin membayar tiket berharga AS$18 (RM74.30) perlu mendapatkan dos kedua vaksin Pfizer atau Moderna, atau satu dos vaksin Johnson & Johnson pada atau sebelum 6 Jun.

“Kami tidak mengarahkan anda apa yang perlu dilakukan. Kami hanya membuat keputusan perniagaan dan membiarkan pembeli yang memilihnya.

“Jika seseorang yang tidak divaksin datang ke konsert ini, mereka akan menakutkan sebilangan besar pengunjung lain. Jadi, mereka perlu membayar ‘harga’ tersebut,” ujar penganjur tersebut.

Bagi peminat yang membeli tiket berharga AS$18 (RM74.30), mereka perlu mengemukakan bukti vaksinasi di pintu masuk konsert.

Selain itu, para petugas, sukarelawan dan ahli kumpulan Teenage Bottlerocket sendiri akan turut divaksinasi sebaik menjelang acara konsert tersebut.

“Jangan lakukannya (menerima vaksinasi) kerana Teenage Bottlerocket melakukannya atau menyuruh anda melakukannya.

“Sebaliknya, lakukanlah untuk diri sendiri, kesihatan dan masyarakat sekeliling,” ujar salah seorang ahli kumpulan tersebut, Ray Carlisle. – AGENSI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2021 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah. Patut xvaksin jangan bg keluar rumah terus. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha.. rela dlm keterpaksaan
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahah!! Meroyan antivaxx
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 10:32 PM | Show all posts
Miahahhahahhaha. Nice!
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 10:38 PM | Show all posts
Good for you, Teenage Bottlerocket

tp akak gugel gambar dgn high expectation yg ahli kumpulan kategori anak ikan,
sekali keluar foto bapak2 ikan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2021 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mulan replied at 3-6-2021 09:08 PM
Hahah!! Meroyan antivaxx

Itu pon nak heran?  Untong lagi yang ini:

https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1252987

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 3-6-2021 10:38 PM
Good for you, Teenage Bottlerocket

tp akak gugel gambar dgn high expectation yg ahli kumpulan kat ...

Agaknya sebab umur2 camtu, lg la kena hati2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2021 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Teenage Bottlerocket ni famous ke? Tak pernah dgr pun.

Anyway since itu konsert diorg, diorg berhak letak syarat tu. Lagipun 61%populatian us dah vaksin. Konsert ni pun bkn benda wajib pegi. Yg tnk vaksin, boleh tgk utube bila ada yg dh upload nnti. Atau byr us999 la. Agaknya ada setup khas utk yg tak vaksin kot. Tu yg mahal.

Btw tukaran usd - rm dah makin mahal ya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Sikit lg nak masuk pejabat gomen, nak ke bank, nak ke hospital gomen semua pun kena ada vaksin.
Meraung le mak Teh dan sekutunya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 02:42 AM | Show all posts
bijak puak2 ni melarang secara halus.. KERAjaan kena tegas... sampai bila nak berlembut ... kita dalam zone perang bukan joget lambak... perkara kena buat... kena pastikan AbahCow berambus.. kita perlu jeneral perang bukan bapak perutusan negara...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 04:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Bayar mahai 10 kali ganda pon tetap berisiko spread the virus to public kannn.. apa fungsi harga tix yg berbeza tu??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.114047 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list