View: 1404|Reply: 11
|
Penjaga Pusat Anak Yatim Didakwa Atas 100 Pertuduhan Cabul Dua Beradik
[Copy link]
|
|
IPOH: Seorang penjaga pusat jagaan anak yatim didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas 100 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua beradik kanak-kanak lelaki di bawah jagaannya sejak hujung tahun lalu hingga April lalu.
Tertuduh, Emeer Ahmad Ahmad Jaafar, 35, yang juga seorang peniaga, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 14(a) dan 15(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 di hadapan Hakim, N Priscilla Hemamalini.
Tertuduh yang juga Setiausaha rumah jagaan anak yatim di Bandar Cyber Botani, di sini, didakwa dengan 100 pertuduhan membabitkan 34 kes amang seksual termasuk menunjuk kemaluan terhadap dua beradik masing-masing berusia 10 dan 13 tahun yang juga penghuni pusat jagaan itu.
Foto: Berita Harian
Perbuatan itu dilakukan tertuduh di beberapa lokasi berbeza termasuk di pusat jagaan terbabit, sebuah pangsapuri di Cameron Highlands dan di rumah suspek sendiri di Taman Magosa, Botani, di sini, pada tarikh berbeza antara 1 November 2020 hingga 9 April lalu.
Kesalahan bagi Seksyen 14(a) memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, manakala Seksyen 15(a) memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Waffy Ismail dengan tertuduh diwakili peguam, Robert S Gnanarajan.
Mohd Waffy memohon mahkamah tidak membenarkan jaminan kepada tertuduh dengan mengambil kira latar keseluruhan kes dan jumlah pertuduhan menunjukkan satu kesalahan berulang bagi kes sama, selain menggambarkan tertuduh seorang yang cenderung terhadap kelakuan pedofilia, justeru perlu mengambil kira kepentingan awam.
Gnanarajan bagaimanapun membantah permohonan itu dengan menyatakan kes berkenaan bukan kes yang tidak boleh ditawarkan jaminan.
Hemamalini kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM34,000 iaitu RM1,000 bagi setiap kes dikenakan ke atasnya, selain menetapkan 3 September depan bagi sebutan semula.
Sementara itu, prosiding dijalankan dengan semua pihak membabitkan tertuduh, hakim, pihak pendakwaan, peguam, polis, jurubahasa mahkamah, dengan dibantu tiga petugas kesihatan mengenakan set lengkap pakaian pelindung diri (PPE), selain disusuli aktiviti nyah cemar berikutan tertuduh baru selesai menjalani kuarantin pada 27 Mei lalu selepas disahkan positif COVID-19.
Petugas media ditempatkan dalam kamar perbicaraan berbeza, namun dibenar menyaksikan perbicaraan melalui tayangan secara siaran langsung.
Difahamkan, tarikh sebutan semula yang ditetapkan tiga bulan lagi selepas mengambil kira tempoh 90 hari kemungkinan virus COVID-19 masih berada dalam badan manusia seperti dinyatakan Kementerian Kesihatan (KKM). -CARI
Sumber: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
setannnyehh la kau kan. mohon terseksa sebelum mati |
|
|
|
|
|
|
|
Babi pon lagi tinggi level dari dia ni..
Iols harap moga dia mati pucuk dan kena kusta
(Baru baca thread kusta tadi..haha) |
|
|
|
|
|
|
|
Cameron Highlands... cikcur ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
Setan betul orang macam ni. Tapi tak pelik pun sebab even pengetua tahfiz pun ada je yang kantoi, inikan pulak orang yang macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu kes berulang atas tuduhan sama
Means sblm ni ade kes gay pedo ke?
N sape benarkn kje klau ada rekod cmni kat rumah anak yatim |
|
|
|
|
|
|
|
Suntik la dia ni dgn virus covid |
|
|
|
|
|
|
|
babi nya, babi pun tak jijik mcm ko lah setan, anak2 tu amanah ko kot untuk jaga, dibyr gaji kan, ni tahap iblis pangkat tinggi ni
tah apalagi lah dibuat ke budak2 tu selain tunjuk pensil 2b dia
rumah sendiri, pangsapuri cameron? dia bawak balik ke budak2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
tikusmontok: Suntik la dia ni dgn virus covid
MMg kne covid da pun |
|
|
|
|
|
|
|
jahat! bdk2 tu sgt mngharap tmpt bgntung, tmpt yg mereka rasa selamat tp lain pula yg jd. |
|
|
|
|
|
|
|
Susah sangat ke orang lelaki ni nak tahan nafsu daripada menganiaya mereka yg lemah?
Tak boleh ke service diy je?
Hukuman ringan sangat ke sampai tak takut langsung? |
|
|
|
|
|
|
|
babi lahaiii..lama dah aku tak masuk sini. masuk2 dah baca post syaitonirojimm. semoga ko mati dgn keadaan yang paling sadis! |
|
|
|
|
|
|
| |
|