View: 1834|Reply: 7
|
Bergaduh Dengan Pemilik Restoran Angkara Sate Jalanan
[Copy link]
|
|
Video pergaduhan antara seorang pelanggan dan pemilik sebuah restoran di kawasan rekreasi Telaga Srangan, Plaosan, Magetan, Jawa Timur menjadi viral dalam media sosial.
Menurut jurucakap polis, Munir, pergaduhan itu berlaku selepas pelanggan tersebut memesan sate yang dijual oleh peniaga jalanan dan membawa makanan itu ke dalam restoran terbabit.
Berang dengan tindakan itu, pemilik restoran tersebut menegur pelanggannya dan memintanya supaya tidak berbuat demikian.
“Ketika menunggu makanan, pelanggan itu memesan sate yang dijual peniaga jalanan yang berada di luar premis.
“Selepas itu, dia membawa masuk sate ke dalam restoran berkenaan dan tindakannya disedari pemilik premis tersebut,” katanya.
Jelas Munir, pelanggan tersebut mempertahankan peniaga sate berkenaan yang katanya turut sama mencari rezeki.
“Peperangan mulut antara kedua-dua pihak berlaku, malah orang ramai yang berada di sekitar turut ‘menyertai’ pergaduhan itu.
“Akibatnya, ada yang cedera dan terpaksa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” ujarnya.
Sementara itu, polis memaklumkan pelanggan dan pemilik restoran itu sudah pun membuat laporan polis dan siasatan teliti akan dijalankan segera.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai...kesiannya..
Tapi ye la..buatnya oelanggan tu sakit perut..kang disalahnya owner restoran..tanpa.diselidik apa puncanya... |
|
|
|
|
|
|
|
Lamanya x makan satay.. Aku rindu satay kat kmpung seberang Jitra.. Huwaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh punya org beli luar restoran baik simpan bawak balik. Makan kat situ tak pasal2 pekerja restoran kena kemas balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai tuan punya kedai tak setuju kalau pelanggan bawak masuk makanan lain dan makan dikedai mereka macam tu jadi tak perlu nak argue atau bagi alasan lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
ko beli satay dari orang luar tu, ko berdiri jer la makan kt luar..dh habis makan g duduk dalam restoran..
kat malaysia lak lain cerita, dlm medan selera banyak2 gerai, ko leh duduk kt meja depan gerai tu jer..ko duduk meja lain, nk order kedai sebelah nanti kena tegur dgn tuan punya kedai depan meja tu |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82: Lamanya x makan satay.. Aku rindu satay kat kmpung seberang Jitra.. Huwaaaaa
daku org tok jalai oiii hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak tahu nak ambik side mana. sudahnya aku doakan dua2 mampos kena covid jah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|