CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1538|Reply: 11

Anak Imigran Malaysia Maut Ditembak Di Amerika Syarikat

[Copy link]
Post time 9-6-2021 09:19 AM | Show all posts |Read mode
ATLANTA, Georgia – Seorang anak perempuan kepada imigran Malaysia, Carmen Cai Yi Lee, ditembak dan terbunuh di sebuah bandar kecil di pinggir kota raya Atlanta, negeri Georgia, Amerika Syarikat, seminggu sebelum menyambut  hari jadinya, lapor portal berita mothership semalam.


Carmen, 25, ditembak semasa memandu pulang daripada menghadiri parti barbeku rakannya.


Foto: Google




Menurut polis Doraville, seorang anggotanya menemui kereta Carmen di tepi jalan sekitar pukul 9.30 malam pada 29 Mei lalu. Apabila anggota polis memeriksa kenderaannya, merek menemui Carmen dalam keadaan tidak sedarkan diri di kerusi pemandu.


Anggota-anggota polis kemudian mula memberikan bantuan kecemasan dan dalam proses tersebut,  mereka mendapati Carmen mengalami luka akibat terkena tembakan.


Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


Menurut  akhbar tempatan, The Atlanta Journal- Constitution  (AJC), terdapat sekurang-kurangnya 30  kejadian tembakan pada tahun ini  di jalan-jalan di Atlanta dan daerah sekitarnya.


Seramai 10  orang termasuk Carmen meninggal dunia selepas ditembak ketika memandu kereta.


AJC melaporkan bahawa pasukan penyiasat berkata, banyak kes tersebut berpunca daripada kemarahan ketika di jalan raya, manakala majoriti kes tembakan jalanan itu masih tidak dapat diselesaikan.


Polis merayu kepada sesiapa yang mempunyai maklumat kes tersebut supaya tampil membantu siasatan.


Dalam perkembangan berkaitan, teman lelaki Carmen memberitahu bahawa mangsa takut mendengar berita mengenai jenayah dan keganasan senjata di kota raya Atlanta dan mula membawa penyembur lada.


Saluran berita Atlanta,CBS46 melaporkan bahawa polis memberitahu keluarga Carmen bahawa kematian mangsa  adalah kerana dia berada di lokasi  salah dan pada masa yang salah.


Ibu bapa Carmen berhijrah dari Malaysia ke Amerika Syarikat sebelum dia dilahirkan, kata teman lelakinya kepada AJC.


Mangsa ialah anak sulung dalam tiga adik-beradik. Dia cuba menjadi teladan kepada adik-adiknya dan juga membantu ibu bapa mereka.


“Dia sentiasa membantu orang  lain. Saya terpaksa memberitahu dia supaya berhenti dan menjaga diri sendiri dahulu,” kata lelaki itu. -CARI


Sumber: Kosmo  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2021 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Lambatnya rasanya 2 hari lalu dah ada topik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Asian hate? Or american mmg suka nau tembak orang sesuka hati???
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 10:03 AM | Show all posts
Takziah..2,3 hr lps ada sorang dh kena tembak jugak..kebetulan muka sama..ehh nama pun sama..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
American dream become nightmare
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 12:39 PM | Show all posts
before this 1 keluarga muslim kena langgar dengan truck pikap kat canada
purposely langgar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2021 12:46 PM | Show all posts
Geng NRA & 2nd ammendment kan suka ratib gun don't kill people, people kill people... atau good guys need gun to fight with bad guys with gun.. sudahnya semua ada.. bole lah bunuh sesama sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
fly_in_d_sky: before this 1 keluarga muslim kena langgar dengan truck pikap kat canadapurposely langgar


ni yg diaorang dok kempen hentikan kebencian/anti asian tu. Banyak kat sana sasarkan org asia sebab org putih ni nak white supremacy diaorang terjaga. Jeles tengok bangsa lain berjaya dan kaya dr mereka.Tengok kat youtube camne polis2 diaorang tahan org kulit hitam yg innocent. Kalau org putih buat salah dipejam mata sebelah je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2021 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
takziah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 05:29 PM | Show all posts
senang citer  ....    toksa  gi Amerika makan angin
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 05:38 PM | Show all posts
Sentimen anti asian makin kuat ramai yang dah balik kenegara asal sebab tak tahan
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 05:39 PM | Show all posts
ada sebab omputih buat begitu.


tahniah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.059759 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list