CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4972|Reply: 13

Neeta buat laporan polis video TikTok ‘salah parking’

[Copy link]
Post time 9-6-2021 10:18 AM | Show all posts |Read mode
Neeta buat laporan polis video TikTok ‘salah parking’


Neeta bertindak membuat laporan polis terhadap seorang pengamal media susulan video tular 'salah parking'.



PETALING JAYA – Penyanyi dan pengacara Neeta bersama syarikat rakamannya, Nar Records Sdn. Bhd. tampil membuat laporan polis terhadap seorang pengamal media berhubung penularan sebuah video TikTok yang dikatakan menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita.

Dalam video tular tersebut, tertulis ayat ‘salah parking’ yang didakwa merujuk kepada rakaman Neeta atau nama sebenarnya Neeta Manishaa Manogaran, 27, sedang membetulkan pakaiannya ketika proses rakaman program All Together Now Malaysia baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Ketua Bahagian Pemasaran Nar Record, Becky Zulkepli memberitahu keputusan laporan polis dilakukan kerana video tersebut telah menjatuhkan maruah pelantun lagu Ruang Mimpi itu sebagai seorang wanita.

“Video itu amat memalukan dan menyentuh sensitiviti serta maruah Neeta sebagai wanita.

“Dengan niat atau tujuan apa individu terbabit masih tidak dapat dipastikan kerana usaha untuk menghubunginya gagal dan tiada sebarang maklum balas diberikan sehingga kini,” katanya.

Lebih mengecewakan, individu itu juga masih belum memadam video tersebut meskipun isu berkenaan sudah tular dalam media sosial.

“Dia seolah-olah tidak mengambil peduli langsung dengan kejadian ini.

“Mungkin bagi sesetengah orang, perkara ini kecil tetapi pihak pengurusan menyelar perbuatan tersebut kerana telah mengundang kecaman dan tomahan orang terhadap anggota tubuh badan serta diri Neeta sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, Neeta dalam kenyataan sama mengakui sangat terkilan dengan tindakan individu terbabit.

“Terkilan kerana yang melakukannya ialah seorang pengamal media yang tinggi juga jawatannya dalam bidang ini.

“Tujuan Neeta mengambil keputusan untuk membuat laporan polis atas desakan pengurusan juga bukanlah ingin memperbesarkan isu atau mengadu domba.

“Laporan polis ini sebagai tanda peringatan terhadap individu itu termasuklah semua netizen agar menggunakan media sosial dengan betul. Bukannya untuk mengecam, memalukan dan membuli. Semua kesalahan ini tertakhluk di bawah Akta 588 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” ujarnya.

Terdahulu, bekas peserta program Big Stage musim kedua itu meluahkan rasa kesal apabila seorang pengguna TikTok yang juga pengamal media memuat naik rakaman video memaparkan dia sedang membetulkan baju dipakainya dalam program All Together Now Malaysia yang disiarkan pada Ahad lalu. – K! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2021 11:00 AM | Show all posts
terkinja-kinja....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 11:03 AM | Show all posts
iolss nak tau siapa pengamal media tu je
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp xjmp video nye
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 11:08 AM | Show all posts
Bijik.
Menggedik takpe lak.
X menjatuhkan maruah wanita lak
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 11:26 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2021 11:27 AM | Show all posts
kechikchomel replied at 9-6-2021 11:03 AM
iolss nak tau siapa pengamal media tu je

  

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau pun nk btul kan pakaian ke..nk adjust apa ke cover2 la ckit,act classy u know
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2021 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bnd ni kan rakaman. Xkan laa dorg xcek blek sblm tayang.. Aiyoo
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 03:00 PM | Show all posts
oh wow, terang2 gak kan membetulkannya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 03:30 PM | Show all posts
Edited by AshkieLa at 9-6-2021 03:31 PM

hahaha ...
ko pun tak agak2 nak pegang. cover2 la sikit.

btw, tengok baju dia tak nampak bahu pun. tapi dia pakai strapless ke dalam tu?
macam "tertinggal" ditarik graviti pulak bila dia bangun...

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 03:39 PM | Show all posts
laa minah ni india ker... Neeta Manishaa Manogaran

patut lain macam rupa..

by the way, meluat tengok sesi mbuzz ke apa tu...serabut malam2 ada sesi gosip2 temubual artis.. biar melodi je dh la
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Suara dia sedap..tu je nk komen
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 03:46 PM | Show all posts
memang menjatuhkan maruah, tapi dia sendiri memang buat ketika rakaman tu.
yang salah tu production la kenapa tak cut part tu?

yang pasti show ni cancelled. last orang tengok video hang tu dik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8786 Replies : 113
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 121693 Replies : 712
'Saya masih sayangkan Fazura'
maklukpenggoda'Saya masih sayangkan Fazura'
Views : 75223 Replies : 107
Che Ta berang org kutuk anak dia baju mcm pelacur, muka mcm jawa ada hati nak hantaran 900k..
ModngengadeChe Ta berang org kutuk anak dia baju mc
Views : 11688 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 99194 Replies : 5283
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 58921 Replies : 554
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 45524 Replies : 360
Ringgit Malaysia terus melonjak
maklukpenggodaRinggit Malaysia terus melonjak
Views : 78080 Replies : 16
[MBC 2024] BLACK OUT - Byun Yo Han, Ko Jun, Go Bo Gyeol, Kim Bo Ra
Rahah[MBC 2024] BLACK OUT - Byun Yo Han, Ko J
Views : 27735 Replies : 43
Edisi Khas : Ucapan Selamat Hari Malaysia 2024
telracsEdisi Khas : Ucapan Selamat Hari Malaysi
Views : 32920 Replies : 67

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.053324 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list