View: 1729|Reply: 7
|
Guru Besar Mati Ditikam Bapa Murid Kerana Tak Benar Ambil Peperiksaan
[Copy link]
|
|
Gara-gara berang anaknya tidak dapat menduduki peperiksaan, seorang bapa tergamak menikam guru besar di Sekolah Dasar Inpres Ndora di Nangaroro, Nagekeo.
Lapor Tribunnews, kejadian berlaku ketika murid sedang menduduki peperiksaan akhir di sekolah pada pukul 9 pagi.
Difahamkan, anak suspek tidak dibenarkan menduduki peperiksaan dan diminta pulang kerana mempunyai tunggakan hutang.
Akibat tidak berpuas hati dengan alasan diberikan pihak sekolah, bapanya datang ke sekolah dengan membawa sebilah pisau.
Para guru yang melihat lelaki itu cuba menenangkan dirinya dan membawa terus berjumpa dengan guru besar, Devina.
Penolong Guru Besar, Antonius Geo berkata, suspek mengancam untuk membuat laporan polis sekiranya anak lelakinya dihantar pulang.
Guru Besar itu kemudian bersedia dengan sebarang laporan polis yang ingin dibuat dan akan bertanggungjawab terhadap perkara itu.
Akibat tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, suspek terus menikam perut mangsa.
Beberapa guru yang melihat kejadian itu berusaha menghalang pelaku daripada bertindak lebih ganas.
Devina dibawa ke pusat kesihatan untuk mendapatkan rawatan sebelum dihantar ke Hospital Ende untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, mangsa gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami di bahagian usus serta paru-paru.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu guru besar kena lantik guru displin yang betul. ni kerja tak habis2 sembang kari. budak tak siap kerja sekolah semua nak hantar kt cikgu displin dah macam warden penjara. |
|
|
|
|
|
|
|
tak memasal lahai. benda kan boleh bawak bincang. tak paham aku {:dot |
|
|
|
|
|
|
|
Bila terlalu ikut perasaan tampa fikir dengan waras pasti macam tu jadinya |
|
|
|
|
|
|
|
Bapak budak ni dah tau kan dia berhutang? Dah kenapa tikam cikgu besau?! Patut tikam diri sendiri tu ha! |
|
|
|
|
|
|
|
kat mana ni? peliknyer nama tempat.. berbelit lidah nyebutnyer .. sekolah dasar Inpres Ndora, Nangaroro, Nagekeo haha |
|
|
|
|
|
|
|
ingt belah afrika nama nagekeo..yindon rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
Iols baca tadi ingat kat jepun.. sekali tgk muka tempe bukan sushi.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|