View: 6486|Reply: 63
|
Dok Ketegaq Sangat Buat Majlis Kahwin Pasai Apa? Kan Dah Kena RM2,000
[Copy link]
|
|
Butterworth: Menganjurkan majlis perkahwinan ketika pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) membawa padah buat sebuah keluarga apabila dikompaun berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Kesalahan itu dikesan ketika pasukan polis menjalankan operasi pemantauan SOP, di sini, semalam apabila mendapati sebuah rumah dipercayai mengadakan aktiviti sosial.
Kredit foto: PDRM
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pemeriksaan mendapati 19 ahli keluarga termasuk pasangan pengantin dan seorang jurugambar berada dalam kediaman itu.
"Tindakan itu melanggar SOP berikutan majlis perkahwinan adalah aktiviti yang tidak dibenarkan pada ketika ini.
"Justeru, penganjur majlis (tuan rumah) dan jurugambar masing-masing dikompaun RM2,000 atas kesalahan berkenaan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Difahamkan, majlis itu diadakan bagi meraikan anak lelaki penganjur bagaimanapun ia tidak bersesuaian diadakan dalam keadaan semasa negara berdepan penularan wabak Covid-19..
Noorzainy berkata, pihaknya rasa terkilan kerana terdapat individu yang masih gagal mematuhi SOP dengan menganjurkan majlis yang tidak dibenarkan.
"Sikap (individu) sebegini hanya mementingkan diri tanpa menghiraukan situasi terkini. Kedegilan mereka yang tidak patuh SOP menyebabkan usaha bagi menghentikan virus Covid-19 gagal.
"olis tidak akan berkompromi dan sentiasa akan membuat pemantauan dengan mengambil tindakan kepada mereka yang ingkar," katanya.
Katanya, sebanyak 41 kompaun dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan pelanggaran SOP dikeluarkan, semalam.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
eleh banyak tu je? patut penjara lima enam tahun, tak pun hukum gali kubur untuk mangsa covid tujuh lapan bulan ke, baru ada akai |
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku pun sanggup bayar
best ooooooooooo dapat nikkah dengan yang tercinta
dalam hati ada raudhah wnagiiii semerbak harum
Dajjei sungguh laaaaaaaaaaaa xsempat nak menutuh ke celaka celaka ni semua
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketegaq mampuih... Rumah tang mana niii haaaa.... Rasa besaq taraf hajah lop kottt |
|
|
|
|
|
|
|
Jurugambar pnya denda tu patut minta tuan rumah yg bayarkn, dh korg upah dia kn |
|
|
|
|
|
|
|
manehnya replied at 12-6-2021 03:40 PM
Ketegaq mampuih... Rumah tang mana niii haaaa.... Rasa besaq taraf hajah lop kottt
tu la..I pun nak tau rumah dkt area mana..rasa belah bagan...nak tau family sapa |
|
|
|
|
|
|
|
Ketegaq sugguh. Tok kadi tu pon patut saman sekali. Setau iols penang xbenarkan nikah tempoh 2 weeks ni. Mcm mana boleh lepas? |
|
|
|
|
|
|
|
Jurunikah xkan xtau SOP pejabat agama lagumana.
Mcmmn blh dpt kebenaran nih |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf cakap.. ramai juga yg masih bodoh ya... nak anjur majlis dan berkumpul. |
|
|
|
|
|
|
|
Mahalnya bergambor... RMxxxx + Rm2k |
|
|
|
|
|
|
|
Orang dah bosan lah tu... Aku ni tinggal berapa persen je kesabaran ni rasa macam sat ni jugak nak drive balik kampung.. |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 12-6-2021 04:19 PM
Ketegaq sugguh. Tok kadi tu pon patut saman sekali. Setau iols penang xbenarkan nikah tempoh 2 weeks ...
Rsa tok kadi xda ni...dh nikah dlu, ni utk amek2 gmbar je ni..nakkk jugak buat potoshoot musim2 covid gak |
|
|
|
|
|
|
|
ni kalau kena covid kompem ratib gomen gagal walaupun pada dasar nya memang sop caca marba tapi diri sendiri tu jaga la jugak..satu famili cacat otak |
|
|
|
|
|
|
|
Sikitnya denda...patut penjara kan saja semua tu sebulan... |
|
|
|
|
|
|
|
Family sapa ni?
Ngaku cepat
Hisshhh |
|
|
|
|
|
|
|
Sikitnya 2k. Penganjur kena la 20k. Ni bg pengajaran kt org lain sama. 2k celah gg bapak pgantin saja |
|
|
|
|
|
|
| |
|