Fesyen sering berubah mengikut pada peredaran zaman.
Terbaru, syarikat Wet Pants Denim berasal dari Amerika Syarikat melancarkan beberapa rangkaian 'seluar jeans basah'.
Jika sebelum ini agak malu apabila memakai baju atau seluar yang ada kesan makanan atau minuman tertumpah di seluar dan nampak seolah-olah seperti terkencing, kini ianya menjadi trend.
Gaya ini menjadi pilihan terkini orang ramai termasuklah beberapa selebriti Hollywood seperti Liam Neeson dan Pierce Brosnan.
Kredit foto: wetpantsdenim.com
'Nampak Basah, Rasa Kering' - seluar jeans ini boleh dibeli dalam tiga warna dan gaya iaitu warna biru, kelabu dan putih. Setiap satunya dijual pada harga RM300 sepasang.
Namun, untuk mendapatkan harga yang lebih murah sekitar RM123 sepasang, pelanggan boleh menghantar jeans mereka kepada syarikat tersebut untuk mendapatkan corak berkenaan.
Stail ke idok? - CARI
|