CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1829|Reply: 10

Raja-Raja Melayu sependapat tiada keperluan darurat disambung

[Copy link]
Post time 17-6-2021 01:06 AM | Show all posts |Read mode
Al-Sultan Abdullah berkenan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini. FOTO Ihsan Istana Negara.







Kuala Lumpur: Raja-Raja Melayu sependapat bahawa tidak ada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos depan.


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, Raja-Raja Melayu juga sependapat perlunya sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat keyakinan serta sokongan majoriti rakyat.


Untuk itu, katanya, Raja-Raja Melayu menyokong pendirian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menitahkan Parlimen bersidang secepat mungkin dengan kaedah dan prosedur persidangan seperti diamalkan beberapa negara, yang terbukti berkesan dalam mengawal jangkitan Covid-19.


"Turut dizahirkan bahawa program vaksinasi hendaklah dipertingkatkan dengan mengurangkan kerenah birokrasi agar negara dapat mencapai matlamat imuniti kelompok 80 peratus secepat mungkin.


"Nyawa dan kehidupan rakyat wajib diutamakan mengatasi perkara-perkara lain. Program menangani wabak hendaklah difahami dan mendapat sokongan rakyat tanpa menimbulkan keraguan, kaedah menangani wabak hendaklah bersifat inklusif.


"Suhu politik yang semakin panas perlu diredakan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas sesi Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara, hari ini


Syed Danial berkata, Raja-Raja Melayu mengambil maklum beberapa perkara antaranya negara sedang menghadapi wabak Covid-19 dengan angka jangkitan harian tinggi meskipun dalam pemerintahan darurat, keadaan ekonomi membimbangkan, suasana politik tidak stabil dan perpaduan rakyat semakin retak.


Untuk itu, katanya, Raja-Raja Melayu berpendirian penting untuk semua pihak menghormati mekanisme semak dan imbang antara cabang eksekutif, legislatif dan kehakiman untuk menjamin tadbir urus telus, berintegriti dan bertanggungjawab kepada rakyat, terutama dalam hal ehwal kewangan serta perbelanjaan negara.


Di peringkat negeri, raja-raja memerintah sembilan negeri itu turut berpendirian agar Dewan Undangan Negeri (DUN) dibolehkan bersidang secepat mungkin.


"Di peringkat negeri masing-masing baginda turut menerima menghadap pelbagai pihak yang menyembah kebimbangan terhadap keadaan negara ketika ini," katanya.


Terdahulu, Raja-Raja Melayu menzahirkan penghargaan pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas sifat baginda mengamalkan budaya bermesyuarah, bersedia mendengar pandangan daripada institusi yang mewakili rakyat, dan pada hari ini mengadakan pertemuan untuk mendapatkan nasihat daripada Raja-Raja Melayu.






Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2021 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Maksudnya boleh la pru ye?

Agak dah sebab agak kerap dengar dun2 turun padang bantu rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Wak yiddin kene bukak parlimen la camni kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
CatMiow replied at 17-6-2021 06:53 AM
Maksudnya boleh la pru ye?

Agak dah sebab agak kerap dengar dun2 turun padang bantu rakyat

Boleh je kalau nak tangguhkan pru.
yang penting parlimen tu dulu kene bukak.
Imuniti parlimen tu penting nak bukak cite2 panas. Utk check & balance tu pasti.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
So bila parlimen bersidang? Dlm parlimen ka online?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 17-6-2021 09:09 AM
Tinot7 replied at 17-6-2021 08:44 AM
So bila parlimen bersidang? Dlm parlimen ka online?


Tu lar pasal
Buat aje lah secepat mungkin
Tak kisahlah persidangan di adakan secara virtual @ physical as long persidangan parlimen di adakan
Jangan nak banyak songeh takut kena Covid sedangkan GOMEN tak peduli nyawa rakyat terancam dengan dengan segala mak nenek SOP di longgarkan contoh sebelum ni sesi persekolahan secara bersemuka di adakan sehinggakan ramai para pelajar dan guru2 affected Covid
Saban hari banyak kluster2 baru di tempat kerja sehingga berjangkit dalam komuniti sehingga ada kes yang meragut nyawa akibat affected Covid so ahli2 Parlimen kenalah berkorban juga seperti mana rakyat terkorban dek perbuatan GOMEN yang buat FMCO macam telur separuh masak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2021 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
pu3_rania replied at 17-6-2021 09:06 AM
Tu lar pasal
Buat aje lah secepat mungkin
Tak kisahlah persidangan di adakan secara virtual @  ...

Iols rasa deme mmg kena buat online. Sbb bln ogos nnt takde la kobid-free lagi. Plan2 yg ada tuh dah ada org pertikai. Sbb tuhh kena bahas kat parlimen.

Kalau masa tuh bungnuar dok bising2 ada numbers ka undi tak caya ka, patut hantaq ke pulau seychelles. Org dok gigih psl kobid, tak mau dgr numbers ka undi caya tak caya ka.. masa ni la deme kena tunjuk kesungguhan masing2 utk negara dlm bab kobid.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 10:03 AM | Show all posts
Euro sana penuh staium dengan puluhan ribu penonton tengok bola.

Takkan sini nak kawal 222 orang pun tak boleh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2021 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
lipans replied at 17-6-2021 10:03 AM
Euro sana penuh staium dengan puluhan ribu penonton tengok bola.

Takkan sini nak kawal 222 orang  ...

Betul ni masa Portugal vs Hungary,, padahal yg mati lagi ramai dari Malaysia

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 01:48 PM | Show all posts
buat jela, diorang semua dah vaksin kot.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau parlimen nk bersidang through online, nk srh aku tlg set kan link Google meet pun blh. Free je. X yah byr.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.061086 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list