Nampaknya desas desus pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim yang berubah sejak akhir-akhir ini telah menjadi kenyataan.
Jika sebelum ini dia berkongsi jadual pemadaman akaun Facebook, terbaru akaun Instagramnya pula telah ditetapkan sebagai 'private’.
Kredit foto: Instagram Rizalman via murai.my
Selain itu, tinjauan mendapati semua hantaran terbaharu termasuklah yang dimuat naik pada 2021 turut dipadam.
Kredit foto: Instagram Rizalman
Yang tinggal hanyalah hantaran dibuat pada 28 Oktober 2020. Selain itu, info serta gambar profilnya turut ditukar.
Kredit foto: Instagram Rizalman via murai.my - Gambar profil lama
Meninjau ruang sembang media sosial, netizen berteka-teki tindakan Rizalman ini mungkin kerana berasa kecil hati dengan netizen berikutan isu dikecam hebat oleh mereka di laman sosial apabila dia dikatakan tidak menghargai pemberian ikan salmon oleh peminatnya.
Isu pereka fesyen itu diiringi polis ketika mendapatkan suntikan vaksin turut dipertikaikan netizen.
Rizalman dicemuh kerana dikatakan tidak layak diangkat sebagai ilmuan atau pendakwah dek ciri-ciri biadabnya ketika berkata-kata.
Rizalman sebelum itu sempat memuat naik satu perkongsian dipercayai reaksinya berhubung kecaman dan cemuhan warganet terhadapnya mengenai isu berbangkit kebelakangan ini.
Ada yang kata Rizalman merajuk dan berhati tisu, atau mungkinkah netizen yang melampaui batas? - CARI
|