Niatnya hanya ingin meluahkan kekecewaan dengan situasi pandemik sekarang, namun lain jadinya apabila dia pula dikecam netizen.
Aktres popular, Mira Filzah di laman Twitter melahirkan rasa gusar dengan apa yang berlaku di dalam negara. Biarpun berada dalam fasa Perintah Penutupan Penuh Fasa kedua, namun kes Covid-19 yang tiada perubahan menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.
Namun lain jadinya apabila ada pula netizen yang meminta Mira meluahkan kekecewaan tersebut kepada ibu mertuanya yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Foto :Twitter
Foto : IG
Menurut netizen, mereka telah mengikut arahan daripada kerajaan, akur dengan perintah serta SOP yang ditetapkan, namun kes masih tinggi, bermakna ianya bukan salah rakyat semata-mata.
Kegagalan kerajaan melaksanakan peraturan yang ketat terhadap industri lah menyebabkan kes tidak turun-turun. Jadi, mengapa Mira tidak cuba bertanya kepada ibu mertua sendiri?
Foto : Twitter
Foto : IG
Bagaimanapun, ada juga netizen yang memuji Mira dan mengharapkan selebriti lain turut melaungkan hal yang sama supaya ianya didengari kerajaan.
Jadi, begitu lah, apa yang diluahkan oleh Mira adalah benar dan jawapan daripada netizen juga betul. Namun, apabila ibu mertua Mira adalah Timbalan Menteri dan tiada jawapan tuntas dari kabinet, ini yang menimbulkan kemarahan rakyat. Atau Mira patut diam sahaja? - CARI
|