View: 1828|Reply: 0
|
[Politik]
Runding dengan semua pihak, prinsip parti terus dipertahan – Anwar
[Copy link]
|
|
Runding dengan semua pihak, prinsip parti terus dipertahan – Anwar
ANWAR IBRAHIM
Oleh OMAR ZIN 20 Jun 2021, 11:39 am
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui PKR masih berunding dengan semua pihak berhubung kerjasama politik dan jajaran baharu.
Namun, Presiden PKR itu berjanji akan terus mempertahankan prinsip perjuangan parti yang turut disokong parti komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP dan Amanah.
“Walaupun kita dalam proses perbincangan dan rundingan dengan semua pihak, tetapi kita tidak boleh berganjak daripada prinsip.
“Prinsip ini juga didukung hasrat PH iaitu PKR, DAP dan Amanah setakat ini dan juga dalam rundingan yang kita lakukan, kita semua mesti perjuangkan tatakelola kerajaan yang baik dan mesti kembali kepada good governance serta mesti ubah paradigma politik,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Kongres Nasional PKR Ke-15 di sini hari ini.
Pada masa sama Anwar berkata, partinya akan terus mempertahankan prinsip raja berperlembagaan terutamanya berhubung isu pembukaan semula Parlimen.
“Seperti mana hubungan dengan raja-raja, kita lebih tegas serta berprinsip dan prinsip itu sesuai. Tidak guna nama Agong bila laksanakan darurat secara rakus.
“Bila ada nasihat untuk hentikan dan adakan Parlimen, dia putar belit kenyataan. Ini bukan prinsip raja perlembagaan, ini memperalatkan institusi,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|