CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4548|Reply: 18

Cafe Chef Wan

[Copy link]
Post time 22-1-2026 06:34 PM | Show all posts |Read mode


Aku sebenarnya ada plan nak bawa parents makan dekat Cafe Chef Wan. Lokasi dalam resort, suasana nampak selesa, dan bila bawa orang tua, tempat macam ni nampak sesuai tak terlalu bising, tak terlalu sesak dan Bertam Resort pun nampak cantik la tempatnya.

Tapi bila check Google review, rating dia sekitar 3.9, which agak rendah kalau dibandingkan dengan nama Chef Wan yang dibawa.





Lepas tengok in detail I think rasa isu utama mungkin bukan semata-mata makanan, tapi branding Chef Wan itu sendiri. Nama Chef Wan hari ni bukan sekadar nama chef, tapi satu jenama besar. Bila orang nampak nama tu, expectation automatik jadi tinggi rasa mesti luar biasa, servis mesti tip-top, experience mesti setimpal dengan harga.

Masalahnya, bila experience yang diterima cuma “ok” atau “boleh makan”, ia terus dianggap tak setimpal dengan nama. Untuk restoran biasa, mungkin acceptable. Tapi untuk jenama Chef Wan, average pun dah kira mengecewakan.

Sebab tu rating jadi sensitif. Bukan semestinya restoran tu teruk, tapi nama Chef Wan buat tak ada ruang untuk silap. Apa-apa kekurangan kecil terus diperbesarkan dalam review.

Sekadar sharing perspektif sendiri tentang bagaimana branding besar boleh jadi kelebihan, tapi juga beban expectation.

Anyone pernah pergi restaurant Chef Wan tak? Kongsi sikit pengalaman korang.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2026 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes. Tapi juga selama ni bila cafe/restoran baru kdg2 bermasalah. Macam dulu ioi city mall teruk. Tapi lepas chef mengamuk dan betulkan apa yg patut, kat situ best service. Serupa juga dgn KL East Mall dan Melaka. Apapun my mom mmg fav makan kat de.wan dan cafe chef wan sbb dia minat chef wan. LoL
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 07:46 PM | Show all posts
bagi aku kena dengan tekak
portion pun sesuai utk makan ramai
certain2 menu sedap
so far pernah makan di the linc, ioi city mall, bangsar, dulu2 ada dekat bangi resortmokkys yang viral tu tak sedap di tekak aku
tapi kemahen viralnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
i pegi masa opening dia...hahahaahah...i taktau la nk ckp sedap or tak...yg sdap cucur udang je kot...nasi goreng dia pn i tak sure la dia guna nasi bru masak ke...sbb texture nasi tu tak cntik...mcm nasi bru masak trus goreng....sagu gula mlaka pn biashe sgtt...cendol dia pn...hmmm...mamak sdap lg kot..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
i pernah 3 kali makan chef one. 1st time kat ttdi 2023, best. Portion besar, menyesal amik sorang satu. 2nd kat bangi resort 2024. Mkan nasi indon ke apa tah, best. 3rd buffet last year time pose. For me, sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai yg kata de.wan lebih sedap berbanding cafe chef wan. Kedua2nya guna branding nama chefwan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2026 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada makan yg kt klia1. Ok2 je. Xdelah x sedap tapi xdelah nk repeat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2026 11:17 PM | Show all posts
LadyCarefree replied at 22-1-2026 07:30 PM
Yes. Tapi juga selama ni bila cafe/restoran baru kdg2 bermasalah. Macam dulu ioi city mall teruk. Ta ...

Mungkin I kena contact chef wan so he is aware kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2026 11:18 PM | Show all posts
gekkou replied at 22-1-2026 07:46 PM
bagi aku kena dengan tekak
portion pun sesuai utk makan ramai
certain2 menu sedap

rakyat msia memang suka yang vairel vairel ni. semua benda nak vairel
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2026 11:20 PM | Show all posts
Fazzbulous replied at 22-1-2026 07:54 PM
i pegi masa opening dia...hahahaahah...i taktau la nk ckp sedap or tak...yg sdap cucur udang je kot. ...

pantang betul nasi goreng lembik guna nasi yang baru masak. dah la bayar mahal, quality kena setanding harga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2026 11:21 PM | Show all posts
lucky_peace replied at 22-1-2026 10:42 PM
Ramai yg kata de.wan lebih sedap berbanding cafe chef wan. Kedua2nya guna branding nama chefwan

My friend yang pernah makan dekat de.wan pun cakap sedap. Tapi tulah kalau guna branding nama chef wan kena lah jaga quality, chef wan kena buat quality check mengejut from time to time
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigihadidnt replied at 22-1-2026 10:17 PM
Mungkin I kena contact chef wan so he is aware kan

Can try drop a DM.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Gigihadidnt replied at 22-1-2026 10:21 PM
My friend yang pernah makan dekat de.wan pun cakap sedap. Tapi tulah kalau guna branding nama chef ...

He does. Tapi tu lah dah semakin banyak cawangan dan dia pun dah semi-retired. Dia plan nak retire sepenuhnya soon.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 22-1-2026 06:46 PM
bagi aku kena dengan tekak
portion pun sesuai utk makan ramai
certain2 menu sedap

Mokkys sux. I pernah jumpa benda kat makanan situ. Staff pun muka ketat je semua.

Have you tried pizza kat Chef Wan's? Not bad at all.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Fazzbulous replied at 22-1-2026 06:54 PM
i pegi masa opening dia...hahahaahah...i taktau la nk ckp sedap or tak...yg sdap cucur udang je kot. ...

Kalau rasa mamak sedap, I think masakan Chef Wan bukan selera anda. And this is ok lah sebab lain oeang lain seleranya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
nazriatie replied at 22-1-2026 08:24 PM
i pernah 3 kali makan chef one. 1st time kat ttdi 2023, best. Portion besar, menyesal amik sorang s ...

Yang kat Bangi Resort tutup dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2026 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
lucky_peace replied at 22-1-2026 09:42 PM
Ramai yg kata de.wan lebih sedap berbanding cafe chef wan. Kedua2nya guna branding nama chefwan

Menu tak sama tapi ada beberapa dishes yang ada kat both places. De.Wan ialah restoran masakan Melayu. Cafe dia ialah makanan dari serata dunia dan menu berubah setiap 4 bulan camtu walau mee rebus cik ani, cucur udang akan sentiasa ada. Last menu cycle ada Ohnokauswe, mee Burma, sedap!
Lepas ni kalau dah dapat sijil Halal, payah nak tukar² menu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by LadyCarefree at 22-1-2026 11:09 PM
Duta lover replied at 22-1-2026 09:46 PM
Aku ada makan yg kt klia1. Ok2 je. Xdelah x sedap tapi xdelah nk repeat.


KLIA tu bukan Chef Wan and team punya. Dia guna nama dan hidangan Chef Wan lah tapi entahlah makanan situ memang below par. Especially nasi lemak dia. Kat situ ada few dishes yg tak ada kat kedai² dia yg lain. Chef Wan kena do somethinglah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 23-1-2026 12:08 AM
KLIA tu bukan Chef Wan and team punya. Dia guna nama dan hidangan Chef Wan lah tapi entahlah makan ...

Ler...yeke.chef wan pun x kisah la kot..asalkan duit masuk sbb pakai nama de kan.
Hmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.056607 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list