View: 4086|Reply: 17
|
[Dunia]
Anakku Sebenarnya Bapa Saudaraku
[Copy link]
|
|
Edited by CARI-MAL at 21-6-2021 10:19 AM
Seorang lelaki terkejut apabila mengetahui bahawa anak yang selama ini disangkakan zuriatnya ialah anak hasil daripada hubungan terlarang teman wanita dengan datuknya sendiri, lapor akhbar Mirror UK semalam.
Dalam satu pendedahan yang dibuat oleh pengguna TikTok bernama @stacks1400 itu, lelaki itu berkata, keadaan itu sekali gus bermaksud kanak-kanak tersebut sebenarnya berpangkat bapa saudara kepadanya.
Kredit foto: TikTok
“Saya baru mendapat tahu bahawa anak saya sebenarnya merupakan bapa saudara saya.
“Datuk saya mempunyai hubungan sulit dengan teman wanita saya ketika kami tinggal bersama sebelum ini,” ujarnya.
Tambah lelaki itu, dia mendapat tahu mengenai kecurangan teman wanitanya selepas memeriksa telefon bimbit wanita itu.
“Saya memeriksa telefon bimbitnya ketika dia sedang mandi dan menemui banyak pesanan ringkas dari beberapa tahun lepas selain gambar-gambar dan perkara yang tidak senonoh,” katanya.
Video pendedahan lelaki itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen dengan ramai yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.
“Jangan berhenti menyayangi anak itu. Kini adalah masa untuk anda berdiri teguh dalam keadaan sebegini.
“Harungi semua itu dan sayangi kanak-kanak itu walau apa jua pangkatnya kepada anda,” tulis seorang pengguna.
Dalam satu video berasingan, @stacks1400 menegaskan bahawa dia berjanji akan terus menganggap kanak-kanak itu sebagai anak kandungnya dan hubungan mereka tidak akan terjejas.
Sumber: Kosmo! |
|
|
|
|
|
|
|
sebab itulah dicegah seks tanpa nikah yang sah |
|
|
|
|
|
|
|
Macam pendedahan ala Jerry Springer ala zaman i dulu je. |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggang langgang jadinya. Macam mana perasaan budak tu bila dewasa kelak bila tahu hal sebenar. |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 21-6-2021 01:12 PM
Tunggang langgang jadinya. Macam mana perasaan budak tu bila dewasa kelak bila tahu hal sebenar.
Xde masalah.
Dia bukan product of incest. He has a legal guardian. 'Bapa' dia pun dah kata akan menyayangi dia dan they are related genetically.
Yang masalah cuma the adults around him.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia, teman wanita, datuk dia dok sekali satu rumah klau ikut pemahaman aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Dunia dunia... Dunia yang fana bukanlah rumahku |
|
|
|
|
|
|
|
harapnya dia okay. Kalau ios, memanh traumatized la |
|
|
|
|
|
|
|
So nk pggil bapak saudara die ape |
|
|
|
|
|
|
|
Aliaskotonggo replied at 21-6-2021 11:08 AM
ni kelakar wei hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Kes mcm ni pun ada. Aduhaiiii |
|
|
|
|
|
|
|
cucuq replied at 27-7-2021 09:18 PM
So nk pggil bapak saudara die ape
Pak Su.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kelu lidah nk mnyebutnyaa walaupun mudah je nk sebut huhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|