View: 1822|Reply: 8
|
“Suara Macam Kartun” - Syafiq Farhain Malu Nyanyi Lagu Rancak
[Copy link]
|
|
Selesa menyanyikan lagu-lagu berentak balada, penyanyi Syafiq Farhain berkata dia belum yakin untuk keluar dari zon 'selamat' berikutan tiada material yang sesuai dengan vokalnya.
Menurut Syafiq atau nama sebenar Nursyafiq Farhain A.M Salim, 27, dia pernah cuba membawakan lagu bergenre lain namun hasilnya tidak memuaskan.
Kredit foto: IG
"Sebenarnya bukan tak mahu cuba, tapi rasanya suara saya sesuai dengan lagu balada.
"Malah bukan saya tak pernah try... pernah je menyanyi di karaoke, tapi saya rasa tak sesuai dan bunyi macam kartun sikit.
"Jadi saya rasanya suara saya tak sesuai dengan lagu lain kecuali jumpa lagu yang sesuai dengan vokal saya," katanya kepada mStar.
Syafiq berkata demikian menerusi sidang media pengenalan single terbaharunya berjudul Kau Bidadari.
Hingga kini video Muzik lagu berkenaan sudah mencecah 100,000 tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada 14 Jun lalu.
Bercerita lanjut tentang buah tangannya itu, Syafiq terpaksa mengambil risiko melancarkan lagu berkenaan pada masa ini memandangkan sudah dua tahun dia tidak muncul dengan single baharu.
"Sepatutnya lagu ni dilancarkan lebih awal iaitu pada tahun 2020, tapi ada pelbagai cabaran mendatang. Malah ia sudah dirakamkan lebih awal iaitu pada 2019.
"Kalau nak tunggu keadaan stabil (selepas PKP), tak tahu bila pula... takut nanti orang lupa," katanya.
Sementara itu Syafiq berkata buat masa ini dia tidak berdepan masalah stamina untuk menyanyi meskipun pernah disahkan positif Covid-19 sebelum bebas daripada wabak itu pada pertengahan Februari lalu.
"Ramai kata apabila sudah positif Covid-19 ia akan memberi kesan kepada stamina, tapi Alhamdulillah setakat ini stamina saya tak ada masalah... nak menyanyi pun tak ada masalah.
"Cuma suara jadi serak sikit, jadi bila nak nyanyi bahagian yang lebih lembut tu jadi sukar," katanya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Sengau lagi ke dia ni klo nyanyi |
|
|
|
|
|
|
|
Ehhhh apa nak malu2.. i ok jah |
|
|
|
|
|
|
|
sengauuuuuuuu sgt la kau dik.. tp boleh baiki lg.. g la kelas ct hajar ke erni ke |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suke dgr suara dia bile dia bcakap.. |
|
|
|
|
|
|
|
Die ni nk kate hensem... xde la sgt, body just nice la.
Tp agak charming. Tu kelebihan die. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la capiq, walaupun sengau2 sikit tapi masih kira boleh diterima oleh cochlea akak |
|
|
|
|
|
|
|
follower IG heols sendu jugak yach...
iols ingat paling2 sejota dah... |
|
|
|
|
|
|
|
To be honest akaq ada crush sikit dgn dia ni walaupun bukanlah kacak bebenoonye kome. Pd akaq suara dia jauh lebih bagus drpd bbnu lain cth mail lambung, qiqi rosli & seumpama. Lagu tradisional terakhir pak ngah buat utk dia ni pun sedap tapi pasangannya baby shima tu suara sampah yacchh patutnya tokti mencemar duli jah setuju utk duet dgn beliau tapi tak pasti knp tok ti tolak duet lagu tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|