View: 3491|Reply: 17
|
Masa Berlalu Terlalu Pantas? Anda Tidak Keseorangan
[Copy link]
|
|
Sejam dirasakan seminit, sehari dirasakan sejam, tanpa kita sedari, kita telah memasuki bulan Julai atau 7 untuk tahun ini. Masa berlalu terlalu pantas? Anda tidak keseorangan.
Menurut Kementerian Kesihatan, hal ini berlalu berikutan persepsi minda yang tidak menyimpan banyak perkara yang signifikan dan tidak mencatatkan memori baru.
Kredit Foto - Facebook Public Health Malaysia
Tambahan pula sejak pandemik, tiada lagi memori percutian indah, tiada lagi memori meraikan majlis ulangtahun dengan rakan rakan. Segalanya hanya aktiviti rutin yang sama.
Maka hari hujung minggu atau cuti umum juga tidak lagi ada perbezaan.
Kredit Foto - Illuminasi.com
Namun ianya berbeza semasa kanak kanak. Pada waktu ini, masa seminggu berlaku dengan panjang. Macam macam aktiviti dilakukan - ke sekolah, bermain, kelas mengaji, menonton Doraemon dan terutamanya ketika bulan Ramadan, fuhh, lama sungguh.
Pada ketika itu, otak menerima semua perkara baru sebagai pengalaman baru dan ia diproses dengan lama sebagai memori jangka masa panjang.
Dari segi sains, fenomena masa yang berlalu pantas ini berlaku kerana bumi kini sememangnya berputar dengan lebih pantas.
Memetik laporan Astro Awani, saintis dari National Physics Laboratory, Peter Whibberley menyokong dakwaan tersebut.
Kredit Foto - AstroAwani
"Bumi telah berputar pada paksinya lebih cepat daripada lima dekad. Tahun 2020 telah menyaksikan beberapa hari terpendek yang tercatat dalam sejarah, dengan tahun 2021 diramalkan akan menjadi lebih pendek.
Sudah tentu benar bahawa Bumi berputar lebih cepat sekarang daripada pada 50 tahun terakhir," dakwa Whibberley.
Kredit Foto - Google
Secara saintifiknya, kelajuan putaran Bumi sentiasa berubah-ubah kerana pergerakan kompleks melibatkan, lautan, dan kesan benda langit, termasuk Bulan.
Faktor lain yang mempengaruhi kelajuan putaran bumi ialah kesan pemanasan global dan kepulan salji yang terkumpul di gunung.
Kredit foto - Beritagar
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, masa atau waktu berlalu dengan pantas atau cepat adalah termasuk di dalam tanda-tanda hampir berlakunya Kiamat berdasarkan hadis sahih berikut:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: "Tidak akan berlakunya Kiamat sehingga diangkat ilmu, banyaknya berlaku gempa, masa berlalu dengan pantas, terzahirnya fitnah-fitnah dan banyaknya pembunuhan." [Riwayat al-Bukhari (1036)]
Kredit Foto - Time Management Ninja
Masa berlalu dengan begitu pantas adalah disebabkan keberkatan masa telah hilang dalam kehidupan kita. Apabila ini berlaku, ini menandakan kurangnya amalan soleh yang dilakukan dalam kehidupan kita.
Apapun, masa yang berlalu tidak akan kembali. Manfaatkanlah ia sebaik mungkin. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Br je fikir psl ni mlm td.. Dlm hati ckp.. Gone laaa july aku tahun ni mcm jun hr tu |
|
|
|
|
|
|
|
kadang terlupa tarikh dan hari(apa).... |
|
|
|
|
|
|
|
dah tak tengok kalendar dah. lantakkk |
|
|
|
|
|
|
|
Ios pun rasa masa berlalu pantas.. tak sempat nak wat apa2. |
|
|
|
|
|
|
|
Indeed..tgk2 dah July haa.. japgi ogos daa..xde achievement apa2 these two years..{:cryrun |
|
|
|
|
|
|
|
2020 berlalu begitu saja .... 2021 pon nmpknya mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
I am thankful to you for sharing this plethora of useful information. I found this resource utmost beneficial for me. Thanks a lot for hard work.
토토
https://goldincity.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak kiamat |
|
|
|
|
|
|
|
dah nak raya haji tak lama lagi. namun hidup tetap sendu di aidiladha |
|
|
|
|
|
|
|
aku hari2 pegi keja
dh confuse hari apa
pakaian pun dh casual 2 tahun ni
mmg boleh celaru hari keja ke cuti |
|
|
|
|
|
|
|
xsdar msa blalu pntas. bangun2 esok dah beruban. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu je yg Aku pelik, bila gerakan bumi Jadi makin pantas, mcmna pulak jam tu synchonize sama.
. |
|
|
|
|
|
|
|
putaran bumi makin slow..so masa sehari bumi makin panjang,bukan makin pendek
NASA bombshell: Earth’s rotation is slowing - and it could cause major earthquakes
EARTH’S rotation is slowing down as the Moon moves farther away from the planet – and scientists believe it could cause major earthquakes.
By SEAN MARTIN
PUBLISHED: 11:33, Wed, Jul 24, 2019 | UPDATED: 11:39, Wed, Jul 24, 2019
Earth’s rotation is slowing as our planet uses energy to keep the tidal bulge ahead of the Moon’s orbit. The Moon’s gravity keeps Earth’s rotation in check, and to do this the lunar satellite’s orbit must be slightly ahead of Earth’s. As the Moon attempts to regulate Earth’s rotation and slow it down, the Moon moves slowly away.
According to Matthew Funke, solar system ambassador for NASA’s Jet Propulsion Laboratory, who wrote on Q+A website Quora: “The Moon’s gravity creates a tidal bulge on the Earth. This bulge attempts to rotate at the same speed as the rest of the planet.
“As it moves ‘ahead’ of the Moon, the Moon attempts to pull it back. This slows the Earth’s rotation down.
“One of the rules of the Universe is that ‘angular momentum’ can’t go anywhere — even if individual pieces speed up, slow down, or change direction, the sum total of angular momentum cannot change.
“The Earth loses angular momentum when the Moon slows it down, so the Moon has to gain it — and it does, by moving further away in its orbit.
earthquake
NASA bombshell: Earth’s rotation is slowing - and it could cause major earthquakes (Image: GETTY)
“The Moon is currently receding from the Earth by about one and a half inches per year.”
This could lead to major earthquakes down the line.
A slower rotating globe leads to stronger and more frequent earthquakes – exactly why this is the case is unclear, but experts believe it could be down to changes in the Earth’s core which ultimately has an effect on the surface.
Research from Roger Bilham of the University of Colorado in Boulder and Rebecca Bendick of the University of Montana in Missoula looked at earthquakes with a magnitude higher than seven since 1900.
The duo found five years since the turn of the 20th century where there were significantly more magnitude 7.0-plus earthquakes – all of which were years that earth’s rotation speed had slowed down slightly.
Prof Bilham said: “In these periods, there were between 25 to 30 intense earthquakes a year.
“The rest of the time the average figure was around 15 major earthquakes a year.
“The correlation between Earth’s rotation and earthquake activity is strong and suggests there is going to be an increase in numbers of intense earthquakes.”
However, this is not expected to happen for billions of years, according to Physicist Paul Walorski who explained on physics forum PhysLink: “The slowing rotation of the Earth results in a longer day as well as a longer month.
“That’s been projected to happen once the day and month both equal about 47 (current) days, billions of years in the future.” |
|
|
|
|
|
|
|
Pendapat yang lain, bila kita rasa masa bergerak pantas itu tanda masa kita tak berkat. Macam mana nak berkat, klu kalendar pun bukan guna kalendar Islam.
Nak tnya sikit, sikit je. Korang lahir pada tahun hijrah yg ke berapa? Bulan dan haribulan? Kena lah tahu. Bukannya 1 ramadhan dan 1 syawal baru nak ambil tahu.
Dan lagi, dalam kalendar Islam mana ada bulan yg ada smpai 31hari. 28hari pun tak ada. Sekarang ni persepsi hari dan bulan kita tak selari dgn kalendar Islam.
Tu sedikit sbnyaklah perkongsian aku. Klu nak tahu banyak, kenalah cari sndiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Mula dari tahun lepas makin terasa masa berlalu amat pantas |
|
|
|
|
|
|
| |
|